Followers

7 Aug 2011

Daging Masak Kicap Pedas Awan Yang Terpilu

Kuciwa aku tepung pelita aku tak menjadi. Sedey tau. Merajuk. Peh ni tak mau buat dah.



Nasib baik lauk berbuka aku jadi. Terbukti bahawasanya aku ni memang tak terer buat kuih. Hukhuk.. Tu la. Dulu mak ajar tak dengar. Asek tido jek. Skang teringin, sapa susah?


Skang aku nak kongsi satu lagi resepi Daging Masak Kicap. Ari tu rasa cam dah penah tulih dah. Tapi, kali ni saja try version malas sikit. Saja nak tengok menjadi ke tak kan?


Bahan-bahannya:
  •  600gm daging batang pinang dihirs nipis atau dipotong dadu. 
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk jugak)
  • 2 biji ubi kentang (potong menyerong, nipis dan lebar. Pehtu goreng)
  • 1 mangkuk kicap manis
  • 1 sudu besar kicap mee (tak boh pun takpe)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji cili merah (potong serong)
  • sedikit air

Cara-cara:

  1. Memula, daging tu aku sesaja je perap ngan sedikit serbuk lada hitam. Kasi rasanya lebih sikit. Kalau korang tak suka, takyah le. 
  2. Goreng ubi kentang sehingga perang, angkat dan ketepikan. 
  3. Tumis bawnag putih dan lada hitam yang ditumbuk tadi sehingga wangi. 
  4. Kemudian masukkan cili kisar. Biarkan seketika sampai sedikit naik minyak.
  5. Masukkan daging. Gaul rata. Tunggu sehingga cili naik minyak. 
  6. KEmudian masukkan kicap manis dan kicap mee. Tambah air kalau daging tu kering. Tapi jangan banyak sangat. 
  7. Bila daging empuk, masukkan garam. dan pehtu masukkan bawang besar, cili merah dan ubi kentangg tadi.
  8. Dah..



Aku rasa cam sedap dah. Lauk ni pedas tau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram