Followers

3 Aug 2011

Contest Di Alam Maya : My Story


Jom JOin






Aku dikehendaki menulis cerita yang seronok. 



Setelah hampir 5 tahun berumahtangga, Temah dan Jumri hidup aman bahagia dengan dikurniakan 3 orang cahayamata. Yang paling bongsu baru je dilahirkan. Temah belum habih pantang pun lagi. Kali ni, Temah memilih untuk berpantang di kampung Ibunya di Alor Setar. MAka, tinggallah Jumri berseorangan di rumah sehinggalah Temah habih pantang. 

Tatkala datang rindu Jumri pada Temah dan anak-anak, Jumri hanya tengok album gambar. 44 hari tu lama tau. NAnti Temah balik, kena tunggu pulak Temah sampai cukup 100 hari pantang. Huumm... jenuh gak la Jumri nak kena posa lepas tuh. Ni la yang payah kalau bini beranak ni. JEnuh 'puasa'. Amik masa setahun lebih kurang nak tunggu Temah recover balik. Elok-elok dah recover, ngandung plaks! 
Posa lagi!

Jumri tengok gambar masa bercinta dulu. Temah slim sungguh. Asal gi dating aje dia pakai kebaya. Sudah tentulah bukan kerana bentuk badan Temah yang ramping membuatkan Jumri jatuh cinta ngan Temah. Tapi, kecantikan Temah menjadi buah mulut rakan-rakan. Bertuah katanya Jumri memiliki Temah. 

Lepas Temah bersalin, sorang demi sorang, kerampingan Temah semakin berkurangan manakala ukur lilit pinggang Temah semakin meningkat maju. Mana taknya, belum sempat kurus, Temah ngandung lagi. temah asyik menyalahkan Jumri kerana menyebabkan dirinya gemuk. Adakala, sampai bergaduh-gaduh hanya kerana perkara kecik. 

Papepun, Jumri tetap bersabar. Adat berumahtangga la gegado kan? 


Akhirnya hari ditunggu tiba jua. Temah dan anak-anak balik ke rumah. Terubat rindu Jumri pada mereka. Rumah mereka kini ceria kembali. 

Menjelang hari raya, Temah dan Jumri mengemas rumah. Tahun ni mahu beraya di rumah sendiri. Jumri tanggalkan langsir rumah, manakala Temah plak duduk dalam bilik sambil menyusun baju-baju dalam almari.

Tetiba, Temah terjumpa sesuatu. 

"Eh, ini memang bukan aku punya ni!" 

Berang ngan 'artifak' penemuannya, Temah terus berjalan hentak kaki ke ruang tamu di depan.

"ABANG!"

Jumri yang sedang berdiri di puncak tangga menoleh. 

"Hape nye?"

"Nih, sapa punya spender dalan almari kita ni bang! Ini bukan saiz saya!" tanya Temah sambil menghalakan spender tu ke aras Jumri. 

Jumri turun, kendiannya dibelek-belek spender yang ditunjuk Temah. Spender kecik, siap renda-renda , berwarna hitam. Hum.. memang bukan saiz bini aku ni, ujar hati kecik Jumri. 

"Abang ada pompuan lain ye? Abang bawak balik pompuan masa Temah takde ye!?" Temah menyinga.

Jumri panik. "Demi Allah Temah. Abang tak penah bawak balik pompuan masa Temah takde. Temah jelah sorang pompuan yang Abang ada," balas Jumri sambil mengangkat tangan umpama bersumpah. 

 "Habis? Nih sapa punya?!!" Temah dah mula menitis air mata. Tak disangka suami yang dipercayainya hundred persen sanggup mencurangi dirinya. Sia-sia saja beranak sampai 3 kalau camni balasannya. 

Malas mahu bergaduh panjang, Jumri berpaling ke lain. Dia tak mahu tengok Temah menangis. Sejak-sejak beranak ni, Temah kerap beremosi. Salah sikit je, marah. Tegur sikit je, sentap. Tapi, kendiannya Jumri teringat sesuatu.

"Haa... Abang tau dah spender sapa......" 

Temah diam.

"Err..maafkan Abang Temah. Abang taktau nak cakap camana. Since Temah dah memarah Abang camni, Abang kena gitau juga. Nanti Temah tak senang duduk. Tido tak boleh. Abang pun dah tak buleh tido-"

"Abang curang?! Sampai hati Abang...." ujar Temah sambil menahan sebak.

"Iskk... Idak lah curang. Sapelah Abang ni. Cuba tengok spender tu bebetul. Tu kan spender awak. Awak pakai masa kita kawin dulu.... Abang saje simpan dalam almari, buat 'tangkal' di hati Abang nih! Lama sangat , Abang pun dah terlupa pasal tangkal ni..." 

TEmah menelan liur. Dibeleknye spender tu betul-betul. 

"Yeke...?"  Temah masih tak percaya. "Kecik bebeno menda nih!" 

"Ye la.. memang le kecik. Tu la, orang suruh diet tak mo. HAHAHAHAAHHAHA... Skang dari saiz S dah pegi saiz XL," kata Jumri sambil kembali memanjat tangga. LAngsir tadi belum habih dipasang. 

Temah menjuih panjang. Boleh sangkut hanger kat bibir tuh. Malu sendiri pun ado. Gi masak lagi besh. Terus dia takmo mengemas dah. 


Ok... suka tak citer ni? HEHAHAHHAHEHHAHA.. 




Aku nak tag Lelord, Nini D, Lulu Caldina dan Akak Nora.
Jom join.



p/s- taknak la hadiah topup (kalau menang). MAkbed x pakai prepaid. HEhhehe..demand!


Nak join klik SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram