Followers

10 Aug 2011

Bukan mudah....






Tak mudah la jugak nak menjaga dedua kekanak riang ni sambil bersilat di dapor. Elok je aku nak start masak, salah sorang nangeh. BIasanya, Cik Oni la yang paling menyebok sekali setiap kali aku gi dapo. Tak gi dapo pun dia sebok gak. Sampai nak pi mandi pun kena bawak dia skali sebab kalau dia dibiarkan, dia kacau adik pulak. Kesian kat Najwan, tak leh tido sebab asek kena uli ngan kakak je.


Ari ni aku tak pi pasar ramadan. Penat bertempik-sorak ngan Oni tadi. Dia sorokkan henpon aku. Aku nak tipon Mak tanya cara-cara masak kuih cara. Bengang betui. Main enpon pandai. Pehtu, lupa taruk mana. Dah le aku ni sedia-sedia pelupa.  Najwan lak maintain je. Lepas nyusu, kasi dia tido. Skang style baru - nak tido menerap. Dah nyenyak betul tidonya baru aku baringkan. Tu pun, aku bedung ketat-ketat takut kang terjaga.


Gambo atas tu adalah kepala NAjwan yang rambutnya tumbuh sejemput kat tengah. Hee.. Samalah macam si Oni dulu. Kena makan bantal. Makin beso Najwan ni, makin terselah rupanya - sama macam Oni masa kekecik dulu. Cara tido pun sama. Suka tido menerap. Cuma Oni dalam pantang lagi pantas - aktif. Belum apa-apa lagi dah angkat leher nak bangun. Najwan plak, masih malas-malas lagi. Cool...macam Apak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram