Followers

5 Aug 2011

Berita yang sungguh memberi emosi sehingga hati aku rasa sungguh ketat!

AMPANG: Misteri penemuan anggota badan yang dikerat lebih 15 bahagian di beberapa tempat dan dalam tiga bungkusan plastik di sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, terjawab apabila ia disahkan milik seorang wanita dan seorang kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata anggota badan yang dikerat itu milik wanita dipercayai berusia 20-an dan kanak-kanak lelaki berusia lima hingga enam tahun.


“Hasil bedah siasat mendapati anggota badan yang dimasukkan dalam bungkusan plastik itu milik kanak-kanak manakala anggota badan yang ditemui dibuang di beberapa tempat termasuk tandas milik seorang wanita.

“Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa itu belum dapat dikenal pasti. Cap jari mayat wanita sudah diambil untuk semakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, polis masih menyiasat kes terbabit bagi menyemak laporan kehilangan individu selain beberapa perkara lain yang boleh membantu siasatan.


Pihaknya tidak menolak kemungkinan dua mayat terbabit mempunyai kaitan talian darah, namun identiti mangsa dan punca kematian masih dalam siasatan.

Harian Metro semalam melaporkan bau busuk di sebuah pangsapuri sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini.


Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.

Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.



Makbed berkata
Tak mau letak gambar. You can see  the pictures from other blogs. Tak gamak nak pandang banyak kali dan biarkan ia bersemadi di dalam Makbed's Journal. Aku tengok dalam berita semalam, bila ditunjuk gambar himpunan anggota badan yang dikerat dalam jamban tu, sebak hati aku. Yang kaki putus tu dah terbiasa dah , so aku ok sikit. 
Dalam hati aku, camanalah hati dan perasaan si pembuat nih. Tubuh badan manusia yang diberi roh oleh Allah, dikerat-kerat cam kerat hape ntah. Iskk.. aku kerat daging liat pun mengah. Ini kan pula kerat orang. Musti yang membuat ni bukan sembarangan. Tak mungkin juga kerja ni dibuat sendirian. Pehtu, taruk dalam jamban lak tu! Sungguh tak reti menilai harga nyawa seorang manusia, Si pelaku ni seorang yang sangat tak berperikemanusiaan. Sedih sangat. 

And knowing one of the victims was a kid aged 5 to 6 years old, I just can't imagine how could people hurt budak kecik-kecik yang comel dan tak tahu pape nih. Ya Allah, jauhkan lah malapetaka sebegini kepada diri ku dan orang lain. Lindungilah kami , Ya Rahman.  

Maybe, ni angkara along ape kan? Diorang kurung mangsa-mangsa ni for some reasons, particularly suruh bayar hutang atau jadi tembusan ke hape... ended up mati cenggini. Semoga roh mereka dirahmati Allah.

Tidak dinafikan, aku emo hari ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram