Followers

13 Aug 2011

Bau baby umpama bau syurga

Kekadang geramkan si Oni yang makin buas dan nakal, tapi Oni lak cecepat cakap

"Ibu...... suyi......." sambil cium pipi aku kiri dan kanan.



Tak jadi nak marah dah.

Bila terlampau marah sgt, aku pandang Najwan. Dulu, Oni pun kecik macam tu. Lantas teringat bagaimana perasaan aku tatkala Oni dilahirkan dan diletakkan di atas pangkuanku buat kali pertama. Anak yang kecik dan helpless itulah kini jadi nakal tu. HAAHA.... Ahh.. dulu, aku pun macam tu jugak kan?

Jadi Ibu kepada 2 anak kecik memang meletihkan, tapi pengalaman yang tiada galang-gantinya. Sekejap-sekejap si kakak nangeh , merengek. LEpas dia tido, si adik pulak minta susu. Kalau lambat bertindak, tangisan kuat si adik akan mengejutkan si kakak. Kalau terjaga si kakak, maka si Ibu kena bekerja keras la nak tidokan semuanya. Penat...

HAri ni, bila kau terjaga dari tido, aku mendapati betis aku telah diconteng Oni. Banyak lak tu!


Hari ni Najwan meragam kepenatan. Penat mendodoikan dia, akhirnya Najwan tido ternganga. Heee... Aku suka mengambil kesempatan cium bau mulut Najwan. Orang kata, bau mulut baby ni umpama bau syurga. Sedap sungguh. Walaupun ada bau-bau susu. Aku suka sangat bau baby. Tak mandi seminggu pun still wangi. Kan?

Tahniah pada sesiapa yang ada baby kecik. Anda buleh cium 'bau syurga' selama setahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram