Followers

24 Aug 2011

Baju Raya kaler apa?

Raya nak dekat dah. Korang dah bersiap-sedia ngan segala kuih raya dan baju raya ke? Duit raya dah tukar? 
Tahun ni aku beraya secara sederhana aje. Yang menggembirakan semestinya ialah TAHUN ni aku beraya bersama keluarga aku. Yeeeaaahhu! 

Aku, Alang , Angah dan wife beliau yang sedang peknen itu akan bergerak dari rumah aku ke Kuantan maybe pada 27haribulan. Kami lepak kat Kuantan dulu. HAri raya baru bergerak ke Kuala Lumpur untuk beraya-raya. Sedara mara sebelah Mak banyak di KL. Tok Siah pun dok KL. Jadi, tahun ni kita beraya ngan Puan Presiden ye...

Kalau beraya ngan family aku ni, yang beshnye ialah kuih raya. Mak sure buat kuih faveret anak-anak. Kalau aku, mak sure wat biskut coklat and samperit. Skang, dah ada ahli samperit baru. - Oni. Biskut neskepe Mak akan buat khas untuk Angah. Aku kena bawak balik bekas kosong kot habuan nak isi kuih raya sok. Kekekeke... 

Lagi satu yang beshnye raya sebelah family aku ni ialah pakaian. Musti sedondon punya. Pehtu ada sesi fotografi. Setengah orang tak suka pakai sedondon , sama kaler ngan Mak Abah mereka. Tetambah la anak-anak yang meningkat remaja kan. HAHAH.. tapi, kitorang suka je. Kadang, tak raya pun adik-adik aku ni pakai sedondon je kalernya. NAk wat camana dah warna tema kitorang setiap kali beli baju adalah HITAM.

PAkai baju sama di kalangan adik-beradik adalah sangat COOL okeh. Tetambah bila adik-adik tu suma ensem dan akak dia cun. WAKAKAKAKAKKA... Sangat cool dan dijelesi ramai. 

Tema tahun ni adalah kelabu taik hanjing. Sebenarnya , baju melayu kelabu depa suma dah siap. Dah pakai dah pun masa kenduri kawin Angah. Aku je takde baju kelabu. Eh, ada la. Dalam kotak. Muat lagi ke? Aku gi kedai cari baju kelabu untuk Makbed's family, tapi saiz aku takde plak. Yang jenis lain, saiz Oni lak takde. Hampez. 

Maka.... kaler untuk family Makbed ialah kaler....................................................


HIJAU PAS



Harharharharhar...



seb bek tak kuning tau!





p/s - dah kol Bos Cantik dan sudah berdiskusi. Keputusan sudah dicapai. Aku nak jadi wealth planner cum suri rumah separuh masa okeh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram