Followers

4 Aug 2011

Azam tahun baru ke ni?



Azam baru selepas tamat berpantang.

  1.  Makan tak bertambah. Sapa soh aku tambah, siap!
  2. Lebihkan makan lauk, dari makan nasik. Aku ni gila nasik. Ratah pun bule nasik putih tu. 
  3. Menjauhi air berais. Kalau air sejuk tanpa ais batu tu, boleh la. Tapi, kena kurangkan juga. Tak elok untuk aku yang banyak angin ni. 
  4. Masak 1 lauk je untuk santapan aku dan suami. 1 lauk lagi adalah lauk rasmi Oni iaitu sup. 1 lauk lagi adalah sayur.
  5. Mengurangkan pengambilan menda manis.
  6. Kurangkan garam dalam masakan.
  7. Pastikan beli sayo untuk diri sniri sebab suami tak makan sayo. 
  8. Banyakkan minum air untuk sistem kumbahan perkumuhan dan penghadaman yang cemerlang.
  9. Tak makan coklat macam makan nasik. 
  10. Minum oat paling sikit sehari sekali.
Since aku takleh bersenam untuk 6 bulan pertama ni, aku kena jaga makan dulu. Wish me luck!


Inche Kitchi pun tengah berusaha berhenti merokok. Tak nampak merokok dah lepas berbuka. Alhamdulillah. Tapi, beliau nampak sedikit lemah gemalai la. Sebab tak de rokok ke? AKu tak kisah la dia ulang makan biskut ke kopok ikan ke, janji dia buleh tak merokok. Yang penting, cuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram