Followers

18 Aug 2011

Auni, buleh ke tak buleh?


Duhai Oni,

  • Boleh tak kalu kamu tak dengki ngan adik kamu? Buaian tu Ibu beli untuk kamu, tapi dulu kamu taknak tido dlm tuh. Skang , sibuk-sibuk la nak 'nayek' itu buai. 
  • Boleh tak kamu jangan cilok IBu punya pen? Kan Ibu dah beli pensel kaler untuk kamu? Mana pensel kaler tu??? Sibukkkk je. Orang nak tulis , dia pun sibuk merengek "nak tulisshhh....nak tulishhh..."
  • Boleh tak kamu cakap dengan jelas bila nak kan pape? Ni tak, ntah hape ntah dia bebel sorang-sorang. Pehtu orang tak paham, nangeh cam kena rotan. Menci~
  • Boleh tak jangan sibuk-sibuk bukak peti es bila Ibu sibuk kat dapo?

  • Boleh tak lepas minum susu tak payah nak panggil Ibu semata-mata nak soh Ibu amik botol susu kamu yang dah habih tu? Letak aje la atas meja ke lantai ke.... Ni tak. Lagi Ibu tak amik, lagi tu la dok panggil. Ibu banyak keje lain lagi lah. 

  • Boleh tak jangan korek betri remote tv? Punya la banyak menan, remote tv jugak ko nak kelebek. 

  • Boleh tak jangan conteng lantai, meja, kabinet dapo? Ini bukan rumah kita. Dah le umah ni sepah, lagi huduh sudahnya umah ni. Silalah bekerjasama.
  • Boleh tak jangan dok berdrama swasta ngan Ibu? Kentut sniri pun nak buat-buat tekejut. Buat-buat heran. Yang kentut tu kamu. Ibu tau la sebab Ibu yang riba kamu masa kamu kentut tu. Eiiii... budak ni kan!
  • Boleh tak kalau Ibu panggil tu kamu bagi respon. Ini wat tuli je. Tensen Ibu taw! Kalu Ibu wat dono je kat kamu masa kamu mintak susu, tau plak nak sedey. Wat u give, u get back u know....
  • Paham tak kalau Ibu ngan Ayah cakap 'JANGAN' tu maknanya brentilah daripada melakukan perbuatan yang sedang kamu lakukan tu. BUkan suruh buat lagi. Sebab yang nak menanggung kesan akibat perbuatan kamu tu adalah kita semua. Bukan awak sorang je. Okeh.\
  • Boleh tak jangan memekak di dalam rumah ketika adik tido? Kamu ni time adik tido je musti wel-wel kat tepi katil adik. Hapekah?
  • Berenti menangeh buleh? Adik kamu yang kecik halus tu pun tak nangeh teruk macam kamu. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram