Followers

1 Aug 2011

Aku yang kehampaan kerna...

Punya la excited haku berpuasa. Hehhee..

Dua tiga hari ni aku asyik rasa sakit belakang. Merentap-rentap sampai ke pinggang. Kalau aku berdiri, wat keje, jalan takde plak sakit. Bila aku nak baring , mulalah rasa sakit tuh. Rasa cam nak branak pun ade. Dalam hati, aku ingat ni maybe kesan biasa kot lepas bersalin. 

Aku mintak tolong Ida Kurau check kan. Dia urut-urut sikit belakang tuh. Katenye, urut di punggung tu yang menyebabkan sakit sampai ke belakang. Memang betul sebab bila dia tenyeh kat urat yang dia cakap tu, terasa bebeno sakitnye. Lepas urut-urut baru rasa lega sikit. 

Lama tak melepak ngan jiran-jiran. 
Kebetulan Illa ada... 
Dia datang bawakkan kek coklat kukus yang dia masak and sebekas samprit.
Beshnye.. buleh makan masa berbuka nanti. Ida plak ke dapur amik peta-ptai yang bersepahan di belakang. Sabtu lepas Angah datang bawakkan petai. 
Banyak! 
Aku takleh makan lagi. Jadi, aku bagi semua kat Ida suruh dia masak. 
Buah-buah dari Sik pun Angah bawak. Dapo umah tu dah macam kedai jual buah dah dengan segala deroyan, rambutan seguni beso, langsat dan manggis. 
Semuanya dibahagai-bahagikan - Mak amik sikit bawak balik Kuantan dan yang baki tu aku bagi pengasuh dan juga jiran tersayang , Ida. HAHAHA.. 
Dengar kata rambutan dan manggis telah selamat dihadam dalam perut suaminya. Sebab tu la aku suka bagi makanan kat diorang ni.
HAbeh semedang!


Lepas solat Zohor, aku berehat-rehat. Pehtu gi masak nasik. 
Tido jap. 
Cover balik tido 3 hari lepas. 
Giloh ngantuk. 
Tak cukup tido sebab asal nak tido je , Najwan jaga. Pehtu, kang Oni lak bangun nak susu. Dah tidokan Oni, Najwan lak bangun. Haaa... cemtuhlah gayanya.
Najwan lak skang ni, tak mo tido baring. Nak berdukung aje. Kalau dipangku, dipeluk, dia tido. Bila letak balik dalam cot, dia jaga. Camne nak ajar dia tido sniri ye? 
tolongla..tolong la bagi tips. Takkan nak riba je. Ada Apak buleh le. Kalau Apak takde, camne? Najwan suka tido meniarap atas dada. Tak ksahlah dada sape pun. Tapi meniarap. Huuu..


Sambung balik citer tadi. Bangun je dari tido, aku gi bilik air. Dah pukul 3.30pm. Tapi, aku kehampaan bila aku tengok........


.....


sesuatu telah berlaku dan ia menyebabkan aku tidak qualified untuk berpuasa pada hari ini dan beberapa hari akan datang (kot). 


Nak nangih. Sedey... Dah setengah hari dah. Tinggal beberapa jam je nak berbuka. 


Nak kata nifas, tak macam nifas pun. Merah je darahnya. and, nifas aku dah 2 minggu lebih takde. Jadi, pastinya lah ini piyed. Kan? 



Geram punya pasal aku terus bedal 3 bijik samprit dan 2 potong kek coklat kukus yang Illa bawak tadi. Illa, kek ko sedap! 





....tak posa tapi gitau orang. JANGAN TIRU ok!....

..saje nak meluahkan perasaan..



Siyesly, aku dah lupa camana kah piyed itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram