Followers

12 Jul 2011

Umie nak balik dah...

Ketika entri ini ditulih, Umie panggilan manja untuk ibu mertuaku sedang bersenang-lenang bergolek-golek di atas tilam sambil menonton cerita CHUCK. Oni udah tido. Najwan pun dah lama lelap.
Aku plak baru je selesai makan malam. Malam ni makan lewat sikit sebab tadi aku gi Giant beli barang dapo dan lepas tu aku terus ke rumah pengasuh untuk sesi lawatan kemasyarakatan peringkat cawangan -hape mende aku merepek ni?


Umie nak balik tak lama lagi. Pehni, sapo la nak mengasuh Najwan memalam. 
Buleh ke aku nak handle dedua anak aku sekali harung neh? Selama ada Umie, aku cuma kena mententeramkan Oni, ajak dia tido dan bila sampai masa aku pam susu, kasi Najwan minum. Malam-malam, Najwan tido dengan Apak dia di ruang tamu dan Umie lah yang uruskan berak kencing dan susunya tetengah malam. Umie yang sediakan makan minum. LEpas siap masak, Umie jugak lah yang bagi Najwan tido siang sementara aku lak pegi bawak Oni tido siang dalam bilik. Sebabnya, diorang dedua ni takleh dok dekat-dekat sebab Najwan takleh dengar suara Kakak, dan Kakak pulak pantang dengar Adik nangeh. Masing-masing takleh tido. Selagi Oni tak tido, maka semua orang susah nak bertenang dalam umah. Maka, aku lah yang kena kasi Oni tido. Bila Oni dah tido, barulah si Adik tido dengan aman tanpa gangguan gegaran katil , dan Umie plak bulehlah berehat-rehat, melelapkan mata dan sebagainya.


PEtang, Umie selalunya minum petang. Dia selalu sediakan roti bakar untuk aku. Lepas makan tu, kalau lauk tengahari dah habih, Umie masak untuk malam plak. Masakan Umie lansung tak buat aku rasa macam aku dalam pantang - walaupun lauknya cuma ikan kerisi , sesekali bertukar ayam dan daging. Memang le tak merasa makan menda bersantan bagai, tapi apa je Umie masak suma sedap je kat tekak aku. Maknanya, kalau aku tak nak diet, aku makan la banyak mana pun. Nasib baik aku berpegang teguh kepada amalan makan menggunakan pinggan kecik, dan jangan tambah lepas makan. HAHAHAHHA... KAlau tak, memang 1 pot nasik pun tak cukup untuk aku. 


Jagaan Umie membuatkan susu badan aku tak pernah kurang dari 4 oz sekali perah. Setiap 3 jam sekali, aku musti perah susu kalu tak mau migren kepala menahan sakit. Setiap kali rasa sakit tu datang, biasanya Najwan pun akan bangun dari tido, merengek-rengek sambil mulut ternganga - tanda dia lapar. Senang je kan? Macam ada signal la. Aku sakit, dia lapar. 
Korang caya tak? TAk caya silalah kawin dan ngandung. Dan bila dah bersalin, rasalah sendiri connection between ibu dan anak. betapa specialnya kejadian Allah. 


Insyaallah, minggu depan dah masuk minggu ke-4 berpantang. Aku dah sihat. Buleh la kot masak untuk diri sendiri. Tadi, aku gi melawat pengasuh. Baru seminggu je kot bersalin aku tengok dia dah macam lipas kudung dah. Siap buleh duduk bersila lagi. Aku tanya dia, kena jahit tak kat 'tuuutt' tu , dia kata "ADA JAHIT". 
Tapi, aku moskel gak cepat betui dia duduk bersila??!!!! Sihat dah pengasuh aku.
Siap buleh suruh aku hantar Oni gi umah dia minggu depan. Dia nak jaga. 
AIK!!?? 
Aku yang dah berminggu-minggu bersalin ni pun jalan tak betul lagi. Nih yang jeleh ni. 
Tu la pekdah nya bersalin normal ni. Cepat sihat.
Tapi, kalu dah cepat sihat tu, kekadang buleh lupa diri la plak! Kan? AHHAHAHAAHa..


Tapi ok gak pengasuh nak jaga ONi. Siang tu buleh la aku berbengkung dan berehat-rehat memanjakan diri. Pengasuh ada mak mertua dia. Pehtu ada anak sedara dia lagi tolong jagakan. 
ku ni plak sebatang karerrr.... Inche Kitchi kuar gi keje, memang aku la sengsorang. Seb bek ada pengasuh tu. RINGAAAAAAANNN rasa diri ini. 


"Umie, nanti Umie nak balik Umie tinggal sambal kering ikan bilis bebanyak ye. Ceq dah beli ikan bilis dah tadi. Cabai kering pun ceq beli dah. Heee....."


Nih la gaya menantu penyegan. Kalau mak mertua tak sporting,jangan cecuba buat camnih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram