Followers

18 Jul 2011

Susahnya nak tidokan Oni dan Najwan serentak

Susah hati jugak aku. sampai bila aku nak tido berasingan dengan Najwan sebab nak tido dengan Oni? Penat le camni....

Pagi ni Mak kejut aku awal pagi soh susukan Najwan. Mak nak pi skolah. Najwan tido ngan Mak dalam bilik ekon. 
LAwak gak tengok Mak ngan Abah melayan Najwan yang tak reti tido dalam ekon. Maklumlah, dah sejak lahir dia tido kat ruang tamu , berkipas je. Bila Abah bawak keluar depan tv, Najwan tido. 
Angkat masuk bilik, Najwan jaga. Camtulah berulang-ulang. HEHHEE....  
Untuk bagi NAjwan tak terjaga, Mak tutup la ekon. Tapi pastu, Atok la plak jaga. Atok takleh takdak ekon. 


Mak kejutkan aku tadi, tak semena-menanya , Oni pun bangun skali..
Pukul 6.30 pagi tuh. Haih!
 Tapi, Oni dah start 'menyanyi' bila masuk jam 10 pagi. 
Tu la.... Bangun awal sangat. Najwan plak, tido sejak lepas nyusu, tak bangun-bangun. Bilik Mak Tok gelap-gelemat, sampai tatau siang ke malam. Tido pun cam besh je la kan. 


Camana aku nak tidokan Oni dan Najwan skali?


Sebelum tido, aku suap Oni makan nasik dulu. Kasi kenyang. Pehtu, buat susu dia. Dah habih susu sebotol, dia mintak lagi sebotol. Habih lagi sebotol, dia mintak tambah lagi. Nasib baik aku ada assistant kat umah. Sapa lagi kalau bukan Linda. HEhehee... 


MAsa Oni duk sibuk minum susu, Najwan plak bangun. Dia tak nangih. Tapi, suka wat suara meneran-neran macam nak berak tu. Oni yang time tu dok lalok-lalok nak tido, terus bangun.

"Adik jaga..." kata nya sambil tunjuk katil Najwan.


"Iyee.. Ibu tau. Biarlah Adik tu. Dia nak susu..." kata ku sambil paksa Oni baring semula. Oni baring balik, then aku nyanyi-nyanyi bagi Oni menyampah dengar suara aku, pehtu dia sure tido kan?


Tapi NAjwan plak nak susu. 


"Najwan, kejap ye.. Ibu tidokan Kakak nih.." bisik aku pelan-pelan sambil goyang-goyangkan baby cot dia. Najwan layan plak goyang-goyang, terus berenti bergerak. Tido balik. 


Aku sambung tepuk bontot Oni. Papepun, aku takleh bagi Oni bangun. Dia dah nak tido dah. Dah genyeh-genyeh mata. TApi, kalau Najwan membuat sebarang bunyi, Oni sure bangun dan terus celapak pi kat baby cot. Tu lah payah nye ada anak yang terlebih concern ni. 


Najwan bergerak balik. Ohh..Ehhh..Ohhh ..EKkkkkkkk... Buat bunyi plak. 
Hadess... Aku goyang baby cot guna tangan kiri aku, tangan kanan plak tepuk bontot Oni. 
HUwaaa... penat nye. Nasib baik bilik Mak Tok ni gelap, at least membantu Oni tido.  
 

Akhirnya , Oni dah selamat tido tak gerak-gerak. Kalau muka bertutup ngan bantal busuk tu maknanya nyenyak tido la tu. Terus aku bangun susu kan NAjwan plak. Dah lepas nyusu, aku sendawakan. NAjwan terus tido lepas tu. Najwan senang jek. Bila kenyang dia tido. 


Tapi aku memang tak pasang ekon le. Dok Kuantan ni sejuk , tak macam Lumut. LAgipun, aku tak tahan sejuk dah. Ari tu masa ngandung bising-bising panas! Oni tido dalam bilik ngan aku , memula pasang ekon, pehtu time aku nk tido, aku tutup. KEKEKKEE... 


Aku sihat kat sini. 
Abah masakkan sup ikan haruan semalam. 
Hari ni maybe ada gulai ikan haruan plak. 
Pantang masih berterusan. 
Semalam tu aku kuar gi jalan, tapi aku dok dalam keta je. Saje Abah bawak tengok tempat orang, Maklumlah, aku kan pelancong berstokin sukan dan berslipa Asadi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram