Followers

10 Jul 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU FATIN DAN KHALIS


Dengan gumbiranya aku , selaku Makbed yang tersohor dengan attitude kepochi lagi membangga diri tak ketahuan hala ini mengumumkan bahawa Paten 'ALICE' Cullen telah selamat dinikahkan denggan jejaka pilihannya , Khalis 'JASPER' Hale. 
Kuat jodoh korang ye. 
Alhamdulillah.


Aku gembira bercampur terharu meskipun aku cuma boleh tengok gambar dalam fesbuk je, tapi aku tetap menjiwai keseluruhan gambar yang dipertayangkan kepada aku. Terima kasih Cikin Cikinot.
TAk sangka kawan aku yang brutal ni akhirnya kawin jugak. Aku hepi sebab bulan November ni ada Premier Twilight: Breaking Dawn, tidaklah aku sengsorang memegang takhta ISTERI ORANG terdiva dalam kumpulan yang happening tu. Aku leh share takhta ngan Paten lak.


Cuma aku lebih otai sikit sebab aku dah jadi mak kepada 2 anak kan.. Untuk PAten, kalao ko peknen masa premier tu, ko leh la jadi Bella time pregnant masa Cosplay nanti. Senang, ko just pakai baju gedoboh je masa join cosplay tuh. KAN KAN KAN..... 


Paten sedang dipersiapkan.


Ai Khalis, tegak je duduk tu ek? Sakit perut ke?



Tu gambo pengantin-pengantin. Sori lah, gambo cumel dan ayu belum ada. Gambo mereka berdua-duaan pun takde. Ado pun satu gambo 'you may kiss the bride' dalam fesbuk tapi gambo tu cam blur sikit. Tak thrill lak nak boh. HAHAHAH... 

Bulan puasa ni pasangan pengantin baru akan datang melawat Makbed untuk meminta restu gamaknya dan baby sekaligus menyambut puasa bersama-sama. Macam tahun lepas. Tatau le kot dema nak datang sambut anniversary aku, besday aku dan besday Oni sekali. Macam tahun lepas.... Beshnye. 
Aku suka bila kawan-kawan jauh datang umah aku. Ermm.. Kirim Nando's Extra Pedas buley? Cikin ngan Zima pun nak join katanya. Ajak suma la weh. Segala Wahee, Nabil (alalalalalla...rindunya kat budak bising tuh!) , Roku, Ain... Sumelah! Umah aku besar. Muat je nak letak suma orang. KEKEKKE....



Nih gambo orang-orang penting dalam majlis Paten. 


Zima selaku kak andam. (maafkan lah lengan yang gagah tu...)






Cikin Cikinot. Dah macam adik-beradik dah rupa dema dalam gambo ni.



 dan barisan tetamu kehormat......



Datin Zima, Datin Ain dan Datin Wahee




Gambo aku? 

Takdak...

Sedeyyyyy....... sob sob sob.

Berita terkini tentang pengantin : Depa tengah hanimun kat PD. Pi la Genting ke...sejuk sikit maaa.




TAHNIAH FATIN NADIA DAN KHALIS HAZWAN. 
SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA KE AKHIRAT. 


SELAMAT PENGANTIN BARU DARI MAKBED, INCHE KITCHI, AUNI DAN NAJWAN



p/s: suma gambar dicilok dari Ekin Cikin Cikinot. Mekasih bebanyak beb. Untuk membuat tempahan hantaran, bunga telur dan tempahan gubahan bunga hiasan silalah KLIK. Berbaloi-baloi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram