Followers

4 Jul 2011

Rambut menggerbang seperti singa pun comel

dengan trend rambut terkini ala-ala korea malas sikat rambut


Lagi sebulan aje lagi Oni dah nak 2 tahun. Cepat nye anak kecik ku membesar menjadi anak dara. Skang dah jadi KAKAK dah. Muda-muda lagi sudah ada tanggungjawab. Sama macam aku masa sebaya dia.


  • Sudah pandai kira 'satu, dua.... tiga!'
  • Boleh bercakap sebaris ayat yang difahami Ibu dan Ayah. Contoh... "TAK NAK KAWAN!"
  • Suka tukar sebutan perkataan ikut suka ati. Duduk jadi DODOK. Adik jadi ADEKK. Rambut jadi RAMBOTT.. ehh, budak ni kan.
  • Pantang Adik bunyi sikit, dia yang lari tengok Adik dulu. 
  • Sangat concern bila nampak Ibu nangeh. "Ibu..... nangeh?" Pehtu , dia pegang pipi Ibu dia. Lembut sangat suara beliau. 
  • Sudah pandai cakap GOOD NIGHT. Tiap malam dia akan ucap gud nite dan cium pipi Apak sebelum masuk tido. "NANITE ...!" cemtulah bunyinya. 
  • Tak mau makan nasik. Ada idea tak camana nak kasi dia makan. Nih jenih makan ikut mood. Kalau dia nak, dia telan. Kalau takmo, dia tepis. Kalau suap jugak, dia luahkan balik. Harap minum susu je la. 
  • Kuat menangih. Kami sekeluarga masih cuba membiasakan diri dengan kelahiran orang baru. Tapi, Oni la yang paling susah nak ejas. Asik nangeh je. Iskk... kurang kasih sayang kot? Maklumlah, Ibu tak berapa sihat lagi. Takleh keep up dengan keaktifan beliau. Takpe, Ibu paham.....
  • Paling tak dapat tahan geram bila dia tepis makanan yang kita suap kat dia sambil wat muka. Eiii... geramji!
  • Suka punggah kain towel bedung , lampin, baju-baju Adik yang Umie lipat taruk atas meja. 
  • Suka berdukung je sejak-sejak skang ni. 
  • Pandai "pok" orang. Kalau tak pueh hati je protes sambil bebel-bebel lepas tu pukul orang tuh. Wah, ni ikut sapo ntah ni.. kekekekekke..
  • Time Oni tido adalah time paling menyeronokkan bagi Ibu sebab Ibu leh rehat.... hoyeeihhh!!!
  • Masih maintain rekod tak boleh duduk diam lebih 30 saat. Rekod telah diperakui oleh atok-atok dan nenek-nenek beliau.
  • Masih fobia dan trauma bila tak nampak Ibu depan mata hatta nak pi mandi pun jenuh pujuk untuk membertenangkan beliau. 
  • Tido pun masih lagi mengigaukan Ibu dan Apak dan bila terbangun dia akan check Ibu ada tak kat sebelah. Bangun pagi dia akan terus lari check Apak ada tak kat depan tv.







Hari ini wardrobe ditaja oleh Auntie Nini D. Baju baru ni! Baru pakai hari ni tau. Seb bek muat. Ado bau kedai lagi.


  
ape ingat model je buleh posing rambut gerbang-gerbang?

My sweet little angel. Ibu is so proud of you....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram