Followers

7 Jul 2011

Pengasuh Oni pulak bersalin

My friend, Azimah Ramli once quoted in her facebook status 

"pantang anak nombor 2 ni lansung tak macam pantang. maka, sesapa yang pantang anak sulung, nikmati dan hargailah masa berpantang tu..." 


camtulah ayatnya lebey kurang.


HEY! Betullah! Aku cuma pantang makan je... Ni pun nasib baik Umie ada. 
Kalau tak semua kerja aku buat.


Diumumkan, hari ni pada 7 Julai 2011, pengasuh telah selamat melahirkan baby boy. Details belum diketahui lagi. Tengahari tadi, asben dia antar Oni balik rumah, cakap bini dia dah sakit-sakit perut.  3 jam pastu, aku sms pengasuh tersebut tanya kabar...

"Akak dah bersalin dah. Anak laki..." 

Uikk..? Cepatnye.... 

Dia bersalin awal 2 minggu. Patut bersalin 20hb Julai tapi baby nak kuar dah. Papepun, ucapan tahniah dari aku untuk diorang sekeluarga. 

Maka, Oni takde la gi kat pengasuh dah. Adeyy...buleh ke nak menjaga kebajikan Oni ni? TAdi pun aku nyaris nak bertukar jadi Medusa dah tau. Puncanya, Oni takmo tido walaupun mata ngantuk. 3 jam duduk dalam bilik. Aku terpaksa bawak dia dalam bilik sebab dia dok kaco Adik. 


Camana ek? 
Camana nak jadi penyabar melayan kerenah anak beso camni? Kalau aku cepuk dia pun, tak mengubah pape. Dia tetap menang sebab dia kan baby.. ye dak? Aku takmo marah-marah dia kang dia ingat dia asyik kena marah sebab ada Adik. PAdahal, aku marah dia sebab dia tu yang tak buleh brenti melompat, berlari dan menjerit keliling umah. Aku takmo Oni tengok aku dengan rupa paras yang kejam. HAHAHAA..
TApi, camne nak maintain ayu je depan Oni bila dia asik dok goyang-goyang katil Adik, padahal Adik tu baruuuuuuuuu je nak titon?
Kang kalu aku debik dia pun, tak pasal aku masuk jail lak sebab dera anak sniri. 



It's a good thing Oni sayang Adik dia. 
Tapi, aku dapat rasa kalau aku terus dok memarah dia sebab dia kaco Adik, soon dia akan rasa ADIK le punca dia asyik kena marah and later on terus tak suka Adik. 
So, aku memerlukan parental guidance ni. 
Tolon...Tolonn.. Sapa anak ramai, berderet-deret tu buleh kasi tips tak? 


Aku dha penat mengetap gigi dah weh.. Luruh gigi aku kang.
MIAHAHHAHAHAA...


Anyway, aku bersyukur sangat sebab tubuh badan aku sihat. Dan aku perasan badan aku susut banyak gak. Maybe sebab asyik perah susu kot. Dah ilang 12 kilo. Cuma, aku belom berani nak check tempat jahit tu lagi. Uuu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram