Followers

8 Jul 2011

Oni pun pandai wat demonstrasi tau!

Assalamualaikum


Salam Jumaat

dan Salam 1 Malaysia... ecececece



Hujung minggu ni cam tak ceria jek. 
Pertama-tamanya, Inche Kitchi kena standby gegara orang-orang terlebih bijak yang sesibuk dok wat demo loni pun tak supo mulo demo tu. 
Kesian la kat kengkawan kita yang nak wat majlis kenduri kawin-mawin , kenduri akikah anak , kenduri kawin sorang lagi... Belum campur yang tetiba meninggal ke hape...
Pesan aku, sapa yang ni gi knuri tu, kuar umah subuh-subuh hokeh! Jalan jem nok. Aku yang dah tak duduk KL ni pun paham sangat dah ngan situasi cenggini.
Ha, untuk si pengantin plak, seeloknya jangan pakai baju pengantin siap-siap. 
Dah sampai umah kenduri baru ko pakai. Yang si pengantin pompuan memang nasib la kan. Habih la cayaq mekap hampa pada hari tersebut. 
skk.. Ramai gak yang nak kenduri besok nih!


Besok malam sure berita besh-besh kuar. HAHHAA..Nak gak tengok apo jadi. 
Papepun, aku still tak pueh hati sebab abang-kakak askar , segala polis, doktor, misi suma cuti kena beku gegara menda camni. Tak patut tau 'korang' ni. 
Nak jaga keselamatan orang lain, anak bini sendiri kat umah tunggang-langgang. Seb bek la isteri ni pun mengguna pakai motto 'sedia berkorban' gak.


Keduanya, ke'tidak-available'an Inche Kitchi berlanjutan sampai Isnayan. Isnin kena gi KL la plak uruskan keje-keje dia. Walaupun dia balik hari katanya, tapi aku still rasa tak besh dan jeles sebab aku takleh join gi skali. Kalau tak nak gak ikut. Buleh jumpa Patenko untuk ucap Selamat Pengantin Baru.
Uuu... Kena tinggal kat umah aje la nampaknya.


Meh tengok gambarajah



"Sayang Adik...."


Ginilah sedikit sebanyak kerenah kebiasaan Kak Oni ngan Adik. 
30 saat sekali - NAK SAYANG ADIK.
Lenguh ketiak aku menepis Oni dari terus memenyek Adiknya. Ekceli Adik tu dah boring dah. Nak tido. Tapi takleh lelap sebab Kak Oni tu asik cium dia tak brenti. 


Masa untuk tido siang. Tido siang adalah penting bagi semua orang di dalam rumah terutamanya untuk Oni. Bila Oni tido, suma orang buleh berehat. Maka, lepas si Adik tido, aku lak bawak Oni masuk bilik. Mata dah kuyu, tapi cam biasalah ye - EGO. 


Dalam bilik, protes tak sudah. Minta dipeluk. Mintak ditepuk bontot. Sekejap-sekejap nangeh. Woo...rimas! TApi kenalah sabo ye. Memang lumrah alam la bebudak jadi cenggini kan. Kita sebagai Ibu kena lah bersabar dan dalam masa yang sama mempunyai akal yang kreatif. Kan aku penah cakap dulu, kena amalkan makan kurma ngan kismis untuk kecerdasan fikiran. Ingat? HHAHAHAHA..




 



Bagi mengelakkan anak-anak Ibu mengatakan Ibu tidak adil dalam urusan pembahagian harta kasih-sayang, maka Ibu pun meriba le Cik Oni, sama macam Ibu riba Najwan. Cempung dengan penuh kasih sayang. Siap nyanyi-nyanyi lagi. Tak cukup nyanyi, Ibu goyang-goyang. Cuma, kaki Oni kan dah panjang jadi berjuntai-juntai le kaki tu. 
Ngengada tak? 

Masa sakit bersalin, masa bersalin, lepas bersalin , even sakit cucuk-cucuk nak mati pun, air mata aku tak meleleh pon. Tapi, kalau anak menangih protes , tak cukup tu, tak cukup ni, tak puas hati kat situ dan sini, hati aku cepat betui touching.
Kalau tak de sabar, memang naik tanduk gak lak. Susah wooo nak jadi Ibu. 
Padan le jugak dengan benefit-benefit yang dijanjikan Allah di syurga kelak. 


Jangan tanya la sakit ke tak masa meriba ni. Aku tak dukung Oni.
Dia sendiri naik atas pangkuan aku mintak didodoi. 
Takkan nak kata "JANGAN"? 
Mau menangeh sentap ko. Layaaannnnnkan je la. 
Nasib baik luka-luka udah kering. Nasib baik juga aku tak kena episotomi. KAlau tak, jangan harap le buleh nak bersila kan? 


Sakit-sakit pun, tahan. 
Hati rasa gumbira dan lega bila si anak tido juga akhirnya. 


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram