Followers

2 Jul 2011

Oh Auni ku cayang...

Kesian Oni...

Asal kol 9 pm aje aku ajak dia masuk bilik - tido.
Sama je la kalu ada Kimi pun.
Sejak ada Adik ni, dia kena masuk tido awal.
Sebab dia akan terus melompat-lompat dan menjerit di sebelah Adik tak sudah-sudah.
Aku yang nengok jadi letih. Macam aku pulak yang lompat.

HAri ni Najwan emo sikit.
Asal Kakak jerit je, dia sebek.
Ohhh.. Najwan sudah pandai protes wooo.....
Hihihi...
Tapi, maybe tadi dia sakit perut kot.
Nak sendawa tak bleh. So, dia cam tak selesa.
Nasib baik ada Umie. Umie lah yang menenangkan Najwan.
Aku lak menenangkan Oni - dengan cara ... "JOM TIDO!"


Gegelak aku ngan Inche Kitchi tengok Oni yang diminta layan macam baby.
Main kerap menangih budak ni.
Semua menda dia nak nangih.
Tak bagi pegang Adik - nangih.
Tak nak dukung dia - nangih.
Tak bagi apa dia nak - nangih.
Nak susu - nangih.
Marah dia sebab lompat atas katil sampai 45 minit tak tido-tido - nangeh gak.
Tensi tau!

Tapi, bila dia dah tido, perasaan kesian tu datang.
Ntah apa la yang dia rasa , kan?
Ibu bukannya nak menangkan Adik, tapi Adik tu kecik lagi.
Juz nak Oni tau, yang walaupun anak Ibu ada doblas sekali pun, semuanya takkan sama ngan Oni ... walau camana pulunnya Ibu cari persamaan tu.
Oh, mungkin persamaannya ialah semuanya ada kromosom sumbangan Ibu dan Ayah.
Itu aje.
Maybe hidung la semuanya mancung sikit. Kan?

Tapi, Oni tetap spesel di hati Ibu.
Memula sekali ialah perasaan Ibu masa menamakan anak sulung Ibu , Auni.
Kedua, perasaan Ibu masa Auni ada dalam pangkuan Ibu buat pertama kalinya.
dan ketiga, perasaan Ibu setiap kali Ibu panggil nama Auni.

Oni ialah 'Auni' Ibu - always and forever.
Ketenangan dan kegembiraan Ibu.
Memang le Ibu garang. Tapi, Ibu mana yang tak garang kan....
Haruslah aku garang kalau dia tumpahkan susu secara sengaja atas bantal Adik.
Takkan nak senyum plak...

Oni maybe tak paham sekarang.
Tapi Ibu paham kenapa Oni jadi camni..
Anyway, Oni lebih bagus dari Ibu.
Sebab dulu-dulu masa Ibu dapat adik - tu si Pak Ngah kamu tu, Ibu lepuk dia ngan botol susu.
Tapi, Oni baik.
Dia sayang sungguh Adik dia.
Bila ada peluang, dia nak usap rambut Adik.
Selalu nak cium sayang Adik.
Cuma yang tak menahan tu , hormon adrenalin lebih sangat. Selalu jerit sebelah telinga Adik.

Oni tetap spesel di hati Ibu, no matter what.
Jadi, jangan la rasa terpinggir OK.
Walau kita ada Adik baru, Ibu tetap tido dengan Oni tau. HAaaa... sian Adik tuh. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram