Followers

21 Jul 2011

Lagi tentang Pil Perancang

Buat yang bertanya pasal pil perancang ari tu, Makbed ada jumpa satu artikel kat SINI. Dia pun copy paste jek. Tapi, harapannya info ni buleh membantu sesapa yang memerlukan.






Pil perancang terbahagi kepada tiga jenis utama iaitu:

- Pil berhormon tunggal (progestin sahaja) seperti Noriday, (sesuai utk yg breastfeed)

- Pil berkombinasi estrogen dan progestin seperti Marvelon, Nordette, Regividon, Loette, Mercilon, Minulet dan Meliane atau

- Pil yang tidak mengandungi hormon progestin seperti Yasmin.

Pil perancang berhormon tunggal tidak mengurangkan penghasilan susu badan, ia lebih bersesuaian untuk ibu yang memilih untuk terus menyusu badan, namun ia mungkin menyebabkan gangguan haid serta memberi kesan sampingan lain seperti penambahan berat badan.



Pil berhormon kombinasi pula mempunyai banyak kelebihan lain. Antaranya:

- Mengurangkan jumlah darah sewaktu haid. Ini akan mengurangkan risiko anaemia, lantas mengurangkan keperluan rawatan penambahan hemoglobin darah misalnya pil zat besi, suntikan zat besi dan pendermaan darah.

- Menjadikan kitaran haid teratur. Pil perancang ada digunakan sebagai rawatan gangguan kitaran haid, satu keadaan yang sering dialami oleh gadis-gadis sewaktu awal didatangi haid.

- Mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 50 peratus.

- Mengurangkan risiko kanser rahim sebanyak 50 peratus.

- Mengurangkan risiko penyakit benign pada payudara

- Mengurangkan risiko penyakit peradangan pelvis (PID)

- Mengurangkan risiko endometriosis

- Mengurangkan senggugut

Namun, pil perancang berkombinasi juga mempunyai kekurangannya. Kandungan hormon estrogennya dikaitkan dengan risiko pembekuan darah dalam saluran vena yang boleh menyebabkan keadaan venousthromboemboli sm yang membahayakan. Risiko ini bagaimanapun kecil sahaja dan jauh lebih rendah jika dibandingkan jika wanita itu hamil.

Ia tidak sesuai untuk wanita yang disyaki mempunyai risiko penyakit jantung. Kandungan hormon progestin pula berkaitan dengan keadaan air tertahan di dalam badan menyebabkan sedikit penambahan berat badan serta masalah jerawat.

Dengan itu kini, ada jenis pil perancang yang didatangkan dalam dos yang lebih rendah (ultra rendah) bagi mengurangkan kesan sampingan di atas seperti penambahan berat badan dan jerawat.

Bagaimanapun, jenis lain yang sudah lama ada di pasaran juga masih dikategorikan sebagai rendah kandungan hormon.

Jenis berkombinasi tetapi tidak mengandungi hormon progestin seperti Yasmin pula lebih terkini di pasaran. Ketiadaan hormon progestin juga bermakna ia tidak menyebabkan penahanan air di dalam badan dan penambahan berat badan serta masalah kulit berminyak atau berjerawat.

Namun ia masih mempunyai kesan sampingan hormon estrogen seperti di atas. Selain ketiga-tiga jenis di atas, ada satu lagi jenis tambahan yang mengandungi hormon estrogen bersama-sama anti-androgen seperti Diane-35. Ia mempunyai kesan tambahan khas iaitu merawat masalah jerawat dengan berkesan.

Ada berpuluh jenama pil perancang di Malaysia. Ia lebih berupa sistem kafetaria iaitu pilihan jenis banyak tersedia untuk wanita memilihnya mengikut kesesuaian masing-masing. Anda seeloknya berbincang lebih lanjut dengan doktor anda mengenai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Jika jenis A lebih sesuai untuk seseorang, tidak semestinya ia sesuai untuk semua atau orang lain. Selain itu, tidak semestinya pil yang lebih terkini atau lebih mahal bermakna ia lebih baik untuk semua wanita. Ada wanita yang mudah mengalami penambahan berat badan maka dia lebih mementingkan soal penambahan berat badan, manakala ada wanita sudah serasi dengan jenama pil tertentu sejak anak pertama lagi dan mahu meneruskannya selepas kelahiran berikutnya.

Perbezaan harga yang ketara juga memainkan peranan dalam membuat pilihan. Apapun, ketiga-tiga jenis ini selamat digunakan secara amnya kecuali bagi kes-kes tertentu sahaja.

Wanita yang mahu mengamalkan kaedah pil perancang perlu mendapatkan nasihat doktor masing-masing terlebih dulu dan mengambilnya mengikut aturan. Jika seseorang itu kerap terlupa mengambilnya, mungkin dia perlu bertukar kepada kaedah lain yang juga selamat.



Makbed berkata:
Memandangkan aku kena merancang jugak, jadi skang aku tengah consider amik pil jugak. Ke ada cara lain yang lebih afdhal? Soklan terbuka ni.. Sesapa yang ada info buleh je bagi jawapan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram