Followers

18 Jul 2011

Entri mengutuk Marimar....




Epi, cilok kat fesbuk ko ek...



Rindunya kat poster di atas. Kali terakhir tengok poster ni sebelum aku masuk wad hari tu. Poster ke ni? Tapi, promo ni masih lagi berterusan. Hihi..Jangan jeleh ye kengkawan di luar sana.

Tapi, promo ni untuk navy je. Sapa yang nak makan berdiskaun, bawak le pakwe, asben, abang, kakak, kawan tentera ye. HAnya di Manjung je kot.




Oni takde malam ni. Buleh le aku mencuri peluang berblogging kejap. Taip laju-laju ni tau. HAHAHAA.... sambil tengok Juvana. Tadi korang tengok tak Marimar? Aku tak berapa tengok sangat citer tu. JAlan citer awal nya pun  aku tatau. Tapi aku salu dok baca dalam post fesbuk orang pasal citer Marimar ni. Pehtu, bila aku kena tahan wad seminggu, aku terpaksa gak ngadap MArimar sebab kat wad cuma ada tv3 jek.

Akhirnya, aku terjebak sekali tengok Marimar tu sepanjang musim berpantang. Dan, endingnya memang seperti yang diramalkan. Cuma ada beberapa perkara lucu dalam citer tu membuatkan aku rasa ntah pape... antaranya ialah...



  • Punya la senang Angelica tu kuar penjara. MAin bom-bom je, pehtu lari. Aih, kalo kat Malaysia buleh ke cemtu?
  • Polis kat negara diorang ni jenih baik hati. Buleh main bagi pistol je kat Marimar suruh dia lindungi diri sendiri masa nak pi cari Angelica. BAgi pistol dia plak tu! Mak aih~ Punya baik nya kerjasama polis tu kat Marimar.
  • Polis punya la ramai, berduyun-duyun datang tetiap kali Angelica buat hal, tapi Angelica tu asyik terlepas jek. Buat malu je. Badan polis besar-besar belaka, awek sorang pun takleh tangkap. 
  • Marimar terjun laut ngan anak dia Cruczita satu saat sebelum bom meletup. Tapi, magiknya, seurat rambut pun tak terbakar. Elok je rambut dia terikat. Yang lagi besh, baju haram tak basah. Basah kat depan je. Macam kena simbah air sebaldi oleh Encik Director kendian direktor tu terus kata "andd...... ACTION!" 
  • Aku teka Angelica mati kena tembak tapi endingnya dia mati kena makan buaya. Hikhikhik... Tu la satu perkara yang di luar jangkaan aku. Okeh laa...

Tu la antara isi-isi penting citer Marimar yang aku tengok. HAHAHAH.. Korang jangan amik hati lak ye. Tapi, bila dah habih citer ni, aku tanya balik diri aku, APSAL YANG AKU NGADAP CITER NI BERIA SANGAT. AHAHahhaa... 

Jawapannya: sebab dah takde menda lain nak tengok. Bosan.....






Abah kuar bawak ONi... shopping barang-barang baby and tapau KFC sekali. Sob..SOb..Sob... (patut ke nangeih?)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram