Followers

19 Jul 2011

Day 6 - 3 perangai buruk anda






Kopek luka, picit jerawat
Takleh ada luka kena gigit nyamuk, musti nak kopek sampai berdarah. Jerawat pun cemtu. Nasib baik la jerawat tak mau naik kat muka. Dan nasib baik le luka czer tu tak tergamak nak belek. Fuhh!


Suka terlupa cuci stokin Inche Kitchi
Ni sebab stokin beliau selalu tersorok dalam kasut boot beliau dan kasut tu dok luar. Aku memang selaluuuuu sangat lupa amik stokin beliau. Dah hari Ahad baru sedar stokin dia tak basuh lagi. Pehtu tangguh sampai minggu depan. Last-last stokin tu reput begitu sahaja. [Ciri-ciri 'isteri solehah', macam ni la ye... isk isk iskk]


BErtangguh iron baju
Aku rasa aku kena jumpa bomoh ke, dukun ke, Degawan ke buang urat malas iron baju neh. Memang takleh help dah ni. Baju seniri iron pun macam tak iron je. Camana lah buleh ada orang bekenan buat bini ni ntah? Musti orang tu rabun kan? Teehehheeee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram