Followers

6 Jul 2011

~dalam pantang pun aku tetap tunaikan tanggungjawab aku~


Time cenggini salunya aku bangun menunaikan tanggungjawab. 
Biasanya aku tak berseorangan.
Inche Kitchi ada temankan.
Dia selalu tido lambat.
Time cenggini dia biasanya akan layan game, ataupun tengok tv. 
Aku lak menunaikan tangggungjawab sambil sesekali memandang muka boring dia tu. 


Tapi malam ni dia tido awal plak. 
Aku bangun tido tengah malam cam biasa la kan - nak menunaikan tanggungjawab.
Dia dah terbongkang ngan suar pendek bunga-bunga dia tu. 
Hmm... besok dia dah keje dah. Kena la tido awal. 
Maka, aku kena la tunaikan tanggungjawab bersendirian. 
Takde teman...
Walaupun kalau dia ada teman sekalipun kami bukannya bercakap sangat... tapi kalau dia ada, takde la mati kutu aku camni. 







Kena pam susu sorang-sorang. 
Hanya ditemani bunyi pam susu je...cepreh..ceprehh...cepreh. 
Kalau tak tu meriah la sikit ada bunyi tv dan bunyi enjin kereta lumba!





Mujurlah Najwan tak meragam. 
Habih nyusu dan sendawa, dia terus tido.
Even masa menyusu pun mata dia lansung tak bukak. Buleh le aku terus tido kang.



Sebenarnya tadi aku cakap nak kopek kulit demam campak beliau yang suda kering.
Skang beliau suda tido....
Frust la tak dapat kopek kuping...
Hukhukhuk...
*saiko!



ni entri 18sx ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram