Followers

12 Jul 2011

Cukur Rambut vs Cukur Jambul

Kenapa aku botakkan kepala Oni dan Najwan masa baby-baby? Kenapa aku tak cukur jambul aje? Ye la..rambut anak-anak aku tebal cam kapet, sayang le kalau dicukur gondol. Tapi, aku memilih untuk botakkan.

Alasan pemalas aku ialah 'senang nak uruskan budak baru lahir kalau kepalanya botak'. Senang nak mandikan, senang nak keringkan kepala. Bau pun wangi je. Lagipun, comel hape budak botak kan? 
Ce tengok Jason Statham tu, comel jek. HAHAHAHAHHAAH..


Akan tetapi, aku juga berpegang kepada alasan Islamic. Dulu masa sekulah-sekulah dah belajar dah. Cuma nak explain panjang lebar kat sini aku kena tukar title jadi Ustazah Mak Bedah lah plak. Anyway, aku dah cari satu link yang maybe leh bantu sesapa je yang ada kemusykilan bab cukup jambul vs cukur kepala nih. Semoga buleh membantu.



Saya ada kemusykilan berhubung dengan cara pelaksanaan majlis cukur jambul yang biasa dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam apabila mendapat anak. Ia seolah-olah satu kemestian dalam masyarakat. Apabila seseorang ibu baru melahirkan anak maka akan timbul soalan “bila nak buat kenduri cukur jambul anak?” Boleh huraikan apakah hukumnya membuat majlis cukur jambul anak yang baru lahir?

Noraini, Ampang, Selangor.

Jawapan:

Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838] Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”, yakni hadis: “Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” [Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]

Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.

Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.

Adapun melaksanakan majlis sempena cukur jambul, maka yang sepatutnya dilaksanakan ialah majlis akikah. Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat. Majlis akikah dengan sendirinya adalah satu bentuk ibadah, maka ia tidak perlu diubah-suai dengan ibadah-ibadah lain seperti membaca surah Yasin, zikir-zikir, doa selamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun majlis akikah hukumnya sunat, maka mana-mana ibubapa yang tidak mampu tidak dituntut melaksanakannya. 



Aku dapat soal jawab ni daripada SINI.  Ada banyak lagi tapi yang ni yang teringkas dan padat.


Aku takde wat majlis pun untuk anak-anak aku bab cukur-cukur kepala ni. Even tahnik atau belah mulut pun, aku buat aje. Suruh le sesapa yang lebih tua dan berilmu buatkan. Majlis yang I'm looking forward to do is akikah for Oni dan Najwan je. Tapi, persoalannya, berbaloi ke wat majlis besar-besar untuk anak kecik pehtu ended up cukup jambul secotet je? Then jambul tu wat pe pehtu? 

Kalau dicukur botak, boleh timbang semua dan beli emas atau perak. KAlau cukup jambul je tak cukup syarat ler. So, alang-alang nak buat, biar sampai habih. Lagipun, apa salahnya berkorban rambut tu. Ia cuma rambut, yang buleh tumbuh semula kendiannya. Nih ayat biasa aku bagi pada orang yang sangat sayangkan rambut baby baru lahir.


Soalan ala-ala tak paham Makbed ialah : Jambul tu kat mana? Sebab ada yang aku tengok cukur jambul kat side burn la, kat tengah kepala la, kat ujung-ujung dahi... Ke cukup semua rambut, tinggal jambul je. Cam Ronaldo. Teheheheee... *abaikan je soklan mangkuk ni ek


Islam itu mudah. Tapi jangan amik mudah hoke.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram