Followers

7 Jul 2011

~berbulu jek rasa ~

Oni kena marah hari ni...


Oni salu menganggap baby cot Najwan seperti tempat menyimpan barang.
Ataupun basketball net. 
Hari ni, dia gi masukkan drawing board (papan tulih yang buleh padam-padam tu) dalam baby cot.
Selalu gak dia wat camtu tapi biasanya NAjwan takde dalam cot. 
HAri ni, Najwan memang tengah lalok-lalok nak tido, baru lepas nyusu lak. Baru je nak lelap, tetiba 'kelepukk!' si kakak gi masukkan drawing board ke dalam baby cot tu dan terkena la kepala si Najwan. 
Hape lagi, nangeh la si Adik tu. SELOP!!! 
Dah le Najwan tu jarang-jarang kedengaran suaranya. Cepat-cepat la Umie cempung Najwan. 
Ada merah sikit kat dahi. 


Oni lak kena tampar tangan ngan haku. 
Apak pulak yang jarang-jarang berkumandang suara machonya tetiba bersuara. 
ape lagi.... Nangih la si Oni sambil menyembamkan mukanya kat peha aku yang gagah ni.
Aaa..start dari saat itu la unsur-unsur kemengada-ngadaan si Oni menyerlah. 
Sekejap nangeh, sekejap ok. 
Bila time ok tu, dia ngusik plak si Adik. Adik plak datang je si Kakak, dah tarik muka. 
Pastu bila Apak marah, Oni masuk bawah ketiak aku. 
Kiri kanan ketiak aku ada baby. 
BAby beso belah kanan, baby kecik belah kiri. 
Bizi kan?


Nampak cam tak terkawal je. 
Aku serah Najwan kat Apak. 
Hari ni NAjwan meragam taknak tido atas tilam dia. 
Nak tido atas dada plak. So, tido atas dada Apak je la. 
Aku lak bawak Oni masuk bilik.
Ingat sempat la nak tidokan Oni sebelum start Showdown tapi Oni wat EGO lak tak nak tido. TEKANAN.....~ 


Peel nya bila nak tido, bila dah habih susu sebotol, dia akan mintak susu lagi sejurus selepas itu.
Kalau ikut logik, dah habih sebotol tu sepatutnya kenyang la kan? 
TApi, dia tetap nak susu. Nangeh-nangeh nak jugak nenen..

"Nak nenen...Nenen...Nenen....." teresak-esak.

Kalau aku wat derk je, nampak sangat la macam aku ni Ibu kejam tak nak buat susu kat anak.
Tapi kan, bila dah siapkan susu, DIA TAK MINUM PUN.
Paling terer pun dia minum suku je.
Haaaa... camne la aku tak bertukar jadi gorilla? 
Berbulu tau!


Memang sengaja camtu. 
Sebab bila aku kuar bilik nak buat susu untuk dia, buleh la dia lari pecut kuar bilik pastu.
Dan, memang payah la aku nak ajak dia masuk tido kendiannya.
HAHAHHAA... pandaikan? 


LAst sekali penat melayan dia, badan pun dah berbulu sepenuhnya, aku bantai tido je.
Susu kedua yang dibancuh tu luaknya setengah je. 
Bila dia tengok aku tido, dia pun nak taknak kena tido sekali.
Bilik dah gelap , pintu bertutup, mana lagi nak pegi kan? Itu pasal la aku suka tidokan Oni dalam bilik sebab bila gelap je Oni akan tido. Selagi lampu masih wujud dan tv terpasang, memang ONi pun ON sama je macam lampu tu. 


Maka, terlepas la Showdown haku. Dah bangun kol 12 tengahmalam. 
Biasalah, menunaikan kewajipan kan?



Sapo nak cabut bulu-bulu yang berbaki kat badan aku yang berbulu tadi ni? 
NGAAAAA!!
Seb bek Apak bawak balik Grilled Chicken Beger masa dia berjimba ngan kengkawan tadi.
Gugur suma bulu yang ado. 
Ehh?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram