Followers

4 Jul 2011

Antara fungus, Nuffnang dan kopi...

Busy ngan life. 

Tapi aku semakin sihat. Dah buleh jalan laju-laju sikit - x macam nenek kebayan dah. 
Dah tak bongkok lagi.
Dah buleh gelak bila tengok cerita kelakar - Alhamdulillah. Idup tanpa ketawa umpama makan bubur kacang takde kacang.
Dah buleh batuk dan bersin tapi pelan-pelan. Bagus untuk membentuk sahsiah diri sebagai perempuan melayu terakhir semula. Kikikikiki.... Kalu tak bersin macam iblis! Jiran pun buleh mati sejenak bila dengar. 


Korang gelak ek baca entri aku? 
Bagoz, maknanya aku masey normal lagi.


Hari ni ada idea sikit nak boh entri. 
Menda ni aku pasan semalam. 




Umie yang nampak dulu. Nampak cam sakit je.
Oni plak asek bubuh tangan dalam mulut. Takut gak sebab bebaru ni aku ada dengar pasal penyakit kuku dan mulut terjadi kat dalam pangkalan ni. So, untuk tak mahu membuatkan aku terus tido ngan tangan kat dahi malam-malam, maka hari ni aku bawak la Cik Oni gi klinik.




Alhamdulillah. Bukan ulser. Cuma fungus je. Nih sebab puting le nih. Menda ni takde buat Oni sakit atau gatal-gatal, cuma maybe rasa tak selesa sebab kulit bibir dia nak terkopek. Sian anak aku. Kesian jugak kat aku. Dalam pantang pun cam tak pantang je. Dah masuk minggu ke dua ni, berapa kali aku kuar bawak anak-anak pi klinik. Hehee... Papepun, syukur sangat nasib baik aku tak sakit teruk. Mekasih kepada jamu yang aku makan. Memang rasa sihat. Susu pun banyak dah. 

Berita kedua, cek Nuffnang udah sampei! Hureeyy...  Pasni buleh cash out lagi kot. Tapi ntah bila la kan? Hapdet blog pun ikut mood je. Lagi mo cash out ka?


Berita ketiga, haku sudah kehilangan 8 kiloh!!!!
So, ce teka berapa berat aku skang?
Walaupun memang biasa kehilangan berat macam gitu lepas bersalin, aku rasa semangat sikit.
emoga 2 minggu lagi aku turun lagi 8 kilo. 
Aku baru je order online kat Kak Engku BIdan BErsalin 2 lagi barang - Slimmax Hi-Fibre ngan D'folia Coffee. Dedua Sendayu Tinggi punyo produk. Maybe buleh membantu banyak dalam urusan mengurangkan berat, especially yang fibre tu. Dan D'folia tu buleh lah mengurangkan craving aku kat kopi. KEKKEKE...
Dah try minum dah, sedap woh!
Eh, lepas-lepas operate ni aku cam takleh tahan bau neskepe lak? Urat salah ke?
Ke doc sharipah dah matikan urat-gilakan-kopi aku ni masa pembedahan hari tu?


p/s tengah memendam perasaan geram kat kuping-kuping yang ada kat badan Inche Kitchi nih!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram