Followers

15 Jun 2011

Traumatized~


Aku tak berapa nak siok kalau kena tinggal Oni kat orang yang dia tak biasa. Oni ni kan , cepat serik. Cam semalam, aku tinggalkan dia kat Illa Seman. Walaupun dia ok-ok jek, dia ni jenis INGAT. Oni anak yang baik. Dia tau Ibu dia ada masalah. Masa kena tinggal ngan Illa, dia behave elok-elok. Sesekali dia nangeh bila nampak pintu umah dia sendiri sebab dia takleh masuk dalam umah tu. Tapi, dia tak menyusahkan orang yang mengasuhnya sampai nangeh melalak-lalak. Takde.

Alhamdulillah, Illa ngan Seman sabo melayan Oni.


Tapi kan..

Pagi ni, Oni asyik nangeh je kalau aku tak de sebelah. Nak minum susu pun aku kena tunggu kat tepi dia. Aku bagi arahan 'pi minum susu kat tilam' pun dia sentap. Nangeh macam aku tinggalkan dia setahun. Haaa.. ni yang aku maleh ni. Bukan buleh ditinggalkan. TRAUMA. Camni la!

Semalam, dia hepi sangat bila nampak aku muncul depan pintu. Tapi, annoying lak rasa bila dia asik membontot aku je mana pegi. Tak berenti-renti panggil "Mak.. MAk..."

Kalau dia panggik "Mak" tu tandanya dia nak ngada-ngada la tu. Kalau panggil "IBU" maknanya dia nak betul-betul panggil. Oni walaupun baru setahun sepuluh bulan dah tau yang IBU, MAK, MAMA tu adalah sama makna. Dan dia buleh guna sesuka hati dia bebila dia suka.

Contoh, time aku solat. Dia nak mengusik aku... Dia panggil "Makk....Mak....Makk...."

Time aku dok main fesbuk, dia nak susu. " Ibuuu.......................... nenen!"  Dan dia juga sedia maklum nenen dan susu adalah benda yang sama.


Aku pelik la hari ni. Nak attention lebih. Bila aku duduk kat sofa, dia datang letak kepala kat peha, pegang perut. Kalau dia panggil aku tak datang, dia nangeh. Aku tak pegi kat dia, dia plak datang kat aku , letakkepala kat peha aku. Aiyaa... ini apa pasat la tetiba jadi manja ni? Kesian la pulak.

Tadi , aku nak pi pasar. Aku ingat nak tinggalkan dia kat Illa kejap. Tapi, Illa cakap nak ikut skali sebab dia nak gi beli teh ais kat pasa tu. Haa..ni lagi sorang. Ketagih teh ais masa ngandung. Aku ingat aku je camtuh. Kitoang janji kol 9 pagi nak kuar. Aku nak beli barang dapo ni. Peti ais dah zero dah. Telur pun tarak. Lepas Oni dah siap-siap, Illa pun dah datang , masuk umah. Nampak je Illa masuk, Oni bantai nangeh sayu.


"Tak nak..Taknak..Taknak..." Sungguh-sungguh budak ni nangeh. Siap tolak tangan Illa yang nak mendokong dia ajak turun.


Tangan dia pegang kuat peha aku. Pandang muka Illa pun takmo dah.


Dia ingat, aku nak tinggalkan dia lagi.


Jenuh memujuk ni.... Aku cakap aku nak gi pasar jugak. Cik Illa temankan. Ala..budak beso tu paham ke? Sampai ke sudah dia takmo pegang tangan Illa even masa turun tangga menuju ke kereta. Kitoang gi pasa naik Bambam Bee - Illa yang drive. Bila Oni tengok betul yang aku cakap aku tak tinggalkan dia, dan Acik Illa dia pun bebetul tak buat cubaan nak culik dia, maka Oni pun rilek sikit. Dia dah berenti nangeh, dah bolah ajak borak-borak dah.


Sampai pasar pun, Oni tak kisah jalan pegang tngan dengan Cik Illa dia. Nak amk hati, Cik Illa belikan dia gula-gula. Terus kamceng. Ciss..


Pas habih shopping, kitorang pun balik la. Lepas tu, Illa nak balik umah, saja je ajak Oni. Oni nangeh lagi. Takmo. Dia suruh Illa kuar, tapi pegang aku macam aku ni nak gi bagi dia kat Illa. Dok sebut "taknak..taknak.."


Bila Illa jalan keluar gi umah dia, cecepat Oni tutup pintu. Takde babai-babai dah. AHAHAHAHAHA.. takut ko ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram