Followers

6 Jun 2011

"Hang teringin nak makan apa?"



Sepanjang masa aku di rumah, Mak asyik memasak je untuk aku. Abah asyik tanya aku teringin nak makan apa. Apa je yang aku sebut Abah akan tunaikan. Gitulah beshnya bila jadi Mak Buyung especially bila sampai ke peringkat akhir ni. 


Sebelum aku balik tadi, Abah bekalkan aku dengan satu tapawe eskrim udang.




Aku memang suka makan udang. Udang beso kat Perak ni payah nak cari. Aku sanggup bayar mahal tapi dah takde di pasaran. MAsa balik dari majlis akad nikah Angah ari tu, Abah singgah gi Kuala Kedah carikan udang ni. Rasanya sekilo RM30 lebih kot. MEmang bebeso sumanya. Mak takdan nak masak.
Maka, aku balik masak sendiri.


 TAdi, aku amik sikit wat masak lemak. 




Sepanjang masa makan tu, aku teringat kat Mak ngan Abah. Betapa diorang ni sanggup susah-susah cari apa je menda aku nak makan. Dah le free lak tu kasi aku udang beso. HUkhukhukk..! 
Mekasih Abah sebab belanje Akak makan udang. 

Yang lebih tak menahannya.... sebelum aku bertolak balik tadi, Abah tanya bila aku nak datang balik Sik?

"Akak mai balik Isnin tengah malam . Takpun, Selasa subuh-subuh,"jawabku. 

Aku kena balik sebab ada lagi baki 4 kotak muffin tertinggal di rumah gara-gara tak muat kereta hari tu. Jadi kena balik amik sebab Rabu ni nak kenduri dah. Muffin tu nak boh dalam goodie bag nanti. 

"HAbaq la elok-elok. Nak mai pukui brapa. Hang ada teringin nak makan apa-apa lagi dak?"  tanya Abah.


HOHHHHH???? 

Aku belum balik lagi Abah dah tanya aku teringin nak makan apa?  Uisshh....


"Takpa. Nanti Akak kompem lain. On the way nak balik Lumut ni Akak pikiaq nak makan apa lagi..." jawab aku. HAHAHA..buleh jawab camtu? 


Memang makan sungguh aku. Kalau aku citer segala menda yang Abah aku jamu kat aku sepanjang hari aku kat sana, korang pun muntah kot dengar. TApi, diorang siok sungguh jamu aku makan. 


Check-up Khamis lepas, berat aku naik sekilo je. Alhamdulillah.... 
Tengok plak check-up hari Khamis akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram