Followers

10 Jun 2011

Sesuka ati Opah ko je tinggal anak kecik dalam kereta ek?



BAru balik pasar. Nak borong barang dapo untuk berpantang seperti halia, serai, kunyit hidup.... 
Tapi, last skali terlupa jugak beli manjakani. Skang aku tengah cari telur ayam kampung la. 
KAt pasar dalam pangkalan ni takde telur ayam kampung. 


Boyot-boyot pun gi pasar? HAruslah. Inche Kitchi dan Oni ada sebagai peneman. Masa jalan pun terasa dah sakit macam nak tercicir perut aku ni. Huhuhuhu... Hari ni nak buat gulai udang la. Udang yang Abah bagi ari tu masih ada baki lagi.


Tapi..ada sesuatu berlaku di pasar tadi. 
Aku memang agak pantang tengok mak bapak tinggal anak kecik dalam kereta tau. Kalau tinggal ada teman takpe. NI tinggal sengsorang! 

Macam tadi...

Lepas aku beli ikan suma, aku jalan pi ke kereta. Pepaham jela , aku jalan kan lambat. Sementara nak sampai tempat parking tu ado la 5 minit setengah. Dari jauh lagi aku dah dengar suara budak menangih. KUAT lak tu. Memula aku buat derk je sebab memang biasa la bebudak nangeh. Tu kan pasar. 

Bila aku sampai kat kereta, aku tengok budak yang nangih tu kepala dia terjojol keluar dari tingkap. 
Dia panggil AYAH! AYAH! Banyak kali. Sampai serak suara budak tu. 
Aku bajet budak ni dah nangeh lama dah. Budak laki tau. Hati aku rasa tak sedap. 
Aku tengok skali lalu, takde adult dalam kereta Perdana tu. CUma budak lelaki tu aje, dengan kepalanya di luar tingkap. 

Aku panggil Inche Kithci yang time tu tengah dukung Oni - suruh tengok jap. 
Masalahnya, depan tu ada ramai orang dok makan. Time minum pagi bagi warga Navy. Takkan le takde sorang pun tergerak hati nak tengok anak sapa yang dok nangeh tuh? Keta budak tu ado depan -depan diorang aje. aku yang baru sampai ni plak yang terlebih concern.
Stended la... MAKBED kan? Kepochi!

Aku jengok tengok budak tu. Aku saspek kepala budak tu tersangkut kat cermin. Sebab budak tu tak gerak-gerak dari posisi camtu. And dia punya tone menangih tu cam cemas je. Tak brenti-renti panggil AYAH dia. Adoih laaa.... Hati keibuan dan kemakbedahan aku ni cepat betui touching. Tapi, aku da nak marah la plak kat BAPAK budak tu. Apsal la gamak tinggal anak dalam umur 2 tahun lebih ni dalam keta macam ni!!! 

Kebetulan, masa aku ngan Inche Kitchi gi kat keta budak tu, ada makcik yang dok niaga air approach keta tu jugak. Dia pujuk-pujuk budak tu jangan nangeh pehtu.... 

"Ooo..patut la nangehhh. Tersepit!!!" kata makcik jual air tu. 


HOH! Aku da agak daahhh!! Hati aku ni macam ditikam-tikam je. Rasa nak memaki hamun kat waris budak tu. Tapi, takde plak sapa-sapa datang masa tu. Amboi, banyak ke beli ikan Bang? Lama ko tinggal anak ko dalam kereta camni...Ko taktau ke anak ko ni dah nak mati tercekik?
Ko tak rasa sakit beranak , buleh la wat camtuh. 
Badigol tui!

NASIB BAIK pintu kereta tu tak terkunci dari dalam maka buleh la makcik jual air tu bukak pintu dan melepaskan tengkuk budak yang tersepit tu. Inche Kitchi nak gi tolong tapi bila tengok budak tu dah buleh kuar, dia blah. Kalau tak, dia nak panggil Protela dah. Aku tak sudah-sudah gi membebel. 
AKU INGAT TAU NOMBOR PLET KETA TU! 
Kalau aku jumpa dia kat memana, memang aku peratikan la. Dia buat lagi perangai tinggal anak dalam kereta, aku nak calarkan kereta tu. HAHAHa.. 
Takpun, kasi pecah aje tingkap keta.
Takyah ada tingkap. 
So takde la anak dia mati terbunuh kalau dia tinggal anak dia dalam kereta lagi!

Aku cuma buleh kata sapa yang tinggal anak dalam kereta sengsorang memang seorang yang penting diri. Bawak je la budak tu skali. Takut jadi perkara tak diingini je.

Masa budak tu dalam kereta, ENJIN terpasang korang tau?!
Anak tu dah berakal tapi dia still belajar. BUatnya dia main gear , tekan minyak keta tu berdesup masuk dalam tempat jual nasik lemak tu, baru nak tepuk dahi ke? 
Masa tu pandai lak ko kata TAKDIR...nak wat camno. Dah nak jadi... ABAH KAU!


Beringat sebelum kena. 
Bukan senang nak beranak weh. 
Korang buleh tolerate ke kalau kemalangan berlaku pada anak-anak korang akibat kelalaian dan kesilapan sendiri?
Aku pun ingatkan diri aku. Oni, memang aku tak tinggal.
Kalau aku taklarat, memang ngan Apak dia skali aku heret bawak gi pasar. 
NANTI NYESAL! 
Macam kes anak mati terkunci dalam kereta masa ayah dia gi kubur tu. Mati kepanasan! Kalau mati serta-merta tu takpe la lagi. Tapi, ni menderita sementara nak mati tu! 
Budak kecik besar tu...
Korang leh bayang?
AKU BULEH!


Sampai ke sudah aku tak dapat tengok sapa bapak budak yang tersepit tu. 
Nasib ko memang tersangat baik.
Aku dah ready skrip bebel da tadi. 
HAHAHAHA...


Kecewa gak sebab manusia skang dah hilang sense of keprihatinan especially kat bebudak kecik. 
Buleh dok sembang-sembang gelak kat depan tu tanpa sikit pun rasa nak amik tau keadaan sekeliling.
Iskk~ 
BUTA KAYU sungguh.





JANGAN TINGGAL ANAK DALAM KERETA SORANG-SORANG!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram