Followers

15 Jun 2011

[SEGMEN] Bahagia dalam ertikata AKU









Aku kalau bab buat ayat buku ni susah sikit sebab si penganjur suruh guna ayat sendiri. HAHAHA.. Vapi, tangan aku gatal juga nak join segmen ni sebab saja bosan-bosan. Idea nak menulis pun tak berapa nak mencurah-curah - baru kuar spital semalam.


 Cemanapun aku akan cuba sebaik mungkin mengintepretasikan 'BAHAGIA' dalam diri aku.


BAHAGIA ni adalah satu perasaan yang lahirnya dari keadaan seseorang yang merasai bahagia. Seseorang tu boleh cakap DIA BAHAGIA macam Fasha Sandha cakap pasal hubungannya dengan JEJAI stau ketika dulu, tapi ended up putus tak pasal-pasal tak lama lepas tu. Semua orang boleh cakap dia bahagia, tapi semua orang juga boleh menipu sebab BAHAGIA ni tak boleh dipegang, disentuh atau diletakkan sesuka hati kat mana dan bebila masa kita nak. Betol?

Sesetengah orang, dia tak pernah cakap pun dia BAHAGIA, akan tetapi kita boleh nampak hidupnya  begitu simple dan mudah. Dia selalu tersenyum. Walaupun dia tidaklah mewah duit, tetapi dia tetap mampu menyara keluarganya. Anak-anaknya bertambah-tambah saban tahun dan semuanya sihat-sihat dan comel belaka. Bahagia akan hadir sendiri bila jiwa kita tenang. Bahagia akan muncul bila segalanya dilakukan dengan betul dan kita tahu yang Allah meredhai segala apa yang kita buat. Bahagia akan hadir sekiranya kita sentiasa bersangka baik dengan Allah setiap kali kita teruji. 

Setiap perkara yang kita lakukan dengan pasaknya ialah rasa cinta kepada Allah, maka BAHAGIAlah balasannya.


Bagi orang yang melakukan dosa, dia pun boleh cakap dia bahagia, tapi adakah benar hati dan jiwanya mengangguk-angguk mengakui diri sedang berbahagia. Selagi tidak bertaubat, dosa itu tetap meruntun jiwa kita sampai kita nak buat ibadah lain pun susah. Camana nak bahagia tu?


Haaa... skali kuar berperenggan-perenggan daa... AHHAHHA.

Nak join segmen nih? KLIK .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram