Followers

25 Jun 2011

Oni kena cucuk antivirus kaspersky... kakakaka


Number Three [Alang] sampai semalam, diikuti Mak, Abah, Dik Lin dan Adik. Hepinyaaa.... 2 hari leh rilek daripada mengejar Oni sebab Tok Wan buleh in-charge. Rehat time!


Apak cam biasa kena check-in rumah bawah. Semalam aku berborak-borak ngan Mak. Mak check bekas jahit kat perut. Lega dapat sembang-sembang. Mak ajak aku balik Kuantan sebab takde orang nak jaga aku. Bawak skali ngan Oni dan Najwan. Sekejap je, sementara Inche Kitchi nak baik demam tu. Kesian kat aku la suma nak kena buat sniri. Harap kat Kimi ja. 


 AKu tak bagi jawapan pun. Tapi dalam hati ni rasa ada best gak la cadangan tu. Memang kalau buleh aku takmo tinggal umah. Nak pantang kat Lumut ja. Aku ni kalu buleh suma nak tengok. Apa menda pun jadi biaq semua jadi depan batang idung aku. Senang nak monitor. Especially bab sakit-makit nih. Biarpun badan aku sniri sakit, still lagi nak kepochi pasal orang lain yang sakit - padahal laki aku tu ok je gayanya. 

Status chicken pox Inche Kitchi : Bijik-bijik air tu menggelembong makin besau. Buleh pecah bebila masa. Merening berkilat-kilat je. Geram lak nengok! HAHAHA *buleh? Ada yang dah tukar kaler itam, berkuping. 

Alang sampai semalam bawak air penawar dari Sik. Pak Ngah Pian amikkan. Sama gak la masa Kimi kena campak dulu, Pak Ngah Pian yang datang bawak air penawar dan bedak sejuk. Chicken pox Inche Kitchi dah turun sampai kaki - maka bulehla bagi dia minum air kelapa pas ni. 

As for Najwan yang tak pernah merasa mandi sejak balik hospital, hari ni Mak Tok mandikan beliau. Semalam, Najwan tido dengan Mak Tok. Aku tido ngan Oni dalam bilik. Najwan tak banyak karenah. Tido je sepanjang malam. Sekali je bangun nak susu. 


Hari ni aku , bangun-bangun tido aku pikir balik plan nak balik Kuantan ngan Mak. Pehtu, Linda masuk bilik. Mak kata dia demam. Linda cakap bijik-bijik gatai naik kat badan. Aku soh dia tunjuk. Hmmm... Nampak cam demam campak gak. Ada berair-air , samo cam Inche Kitchi. Mak habaq, Linda cakap dia rasa nak demam sejak aku masuk spital 18hb ari tu lagi. Maknanya, Inche Kitchi ngan Linda demam sama-sama, cuma Linda punya campak kuar lambat. 

Maka..... Aku takleh la balik Kuantan berpantang ngan Mak. Bek aku dok Sik ja. Lagipun Inche Kitchi dah nak baik demamnya. Sabo jela seminggu lagi.

Akan tetapii.. demi keselamatan sejagat, aku heret Linda, Oni dengan Najwan gi Klinik Saadiah. Aku pun nak gi jumpa Dr. Saadiah bagi mengkhabarkan tentang kelahiran Najwan. Kalau perlu aku amik antivirus kaspersky untuk demam campak, maka aku amik je lah. Papepun, aku nak soh dia check si Oni ni. Kang kena jangkitan lak. 


Linda disahkan kena chicken pox. Maka, dia kena restraining order la kan! Takleh dekat-dekat ngan Oni. Kena jarakkan diri. Yang lelain ni takpo sebab suma dha kena demam campak - kecuali Adik.

Jahitan di perut aku elok. Rahim masih tinggi so ada rasa cam keras-keras dan ngilu sikit. Kalau bersailn normal, buleh urut taruk minyak kasi lega. Tapi yang ni takleh lagi. Kendian, check Najwan. Najwan Ok. Ada kuning sikit tapi itu adalah biasa. Lagipun Najwan kuat menyusu , kencing berak suma ok. So, takde pape nak dirisaukan. 

Then, masuk bab Oni plak. Oni diberikan suntikan antivirus demam campak. Kat Najwan takleh bagi sebab dia bawah setahun. So, Oni aje lah yang kena cucuk. Masa nak dicucuk tu, aku suruh Alang pegang. Aku takleh nak pegang takut dia meronta. BAjet dia nak meronta la. Rupanya, masa Dr. Saadiah nak cucuk bahu, slamber je dia usha jarum tu landing kat bahu dia. Doc cucuk - tapi dia tak nangih. Aku tunggu gak la respon nangeh namun gagal. Doc kasi la gula-gula sebagai ganjaran sebab tak nangih. 

Tapi, 5 saat lepas tu baru Oni nangeh!!!

"Ibuuu....SAKIT!!!!!" 

LAmbat bebeno respon sakitnye..... Gelak-gelak suma orang dalam bilik doktor tu. 


Lega sikit dah sebab Oni dah kena cucuk. Besok Mak dah nak balik. Huuu..tak beshnye...







Mekasih pada si pengomen ini




Komen anda membuatkan sayaa tersedar betapa saya sedang diuji Allah ketika ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram