Followers

17 Jun 2011

Memang tak buleh tinggalkan Oni kat sapa pun.


Aku tercelik kerana tetiba perut ini sakit. Aku berjaga sejak jam 3 pagi tadi dan skang aku mendapati sakit perut aku ni terjadi selang sejam lima belas minit - lebih kurang. Pinggang pun memulas-mulas rasanya. Ada ke pinggang memulas?  Skang udah pukul 5.07 minit pagi dan aku masih lagi tunggu. TAk bleh tido la plak. Bila baring je tetiba ada rasa nak berak. Gi jamban, tak de pun beraknye. Nyampah pulak aku. Dah le payah nak bangun dari pembaringan. Jadi aku duduk je la atas kusi sambil BW dan minum air akar fatimah.

Kalau berterusan gini, aku gi la spital kang. Lepas subuh kot. Cadangnya nak tunggu sakit tu makin kerap tapi disebabkan aku ni ada kes ketuban kurang, aku tak brani la pulak nak tunggu lelama. BAby dalam perut ni memang menendang aje kerjanya. TAk berenti. Perut aku memang keras betul. Macam dah tak ruang dah nk gerak. Adeh.. bontot sakit plak skang! 


TAdi, aku ngan Inche Kitchi gi tengok Green Lantern jam 7.15pm. Semut Merah cakap nak jaga Oni so by 6pm aku bawak Oni gi umah beliau. HArapan aku semoga Oni baik-baik ajelah lagipun anak Semut Merah si Haziq tu ado. BUleh wat teman main.

Oni naik atas rumah ngan HAziq, maka aku pun mengamik kesempatan untuk keluar. Aku ngan Inche Kitchi gi Tesco sebab nak tukar susu yang salah beli tu. Memang buleh tukar, tapi sebab aku shopping pakai gedik kad, aku kena tunggu seminggu lagi baru buleh tukar barang tu. Ceh... aku dah beranak dah time tu. Maka Inche Kitchi je la tukar nanti. Tak yah riso sebab Semut Merah dah tolong aku belikan 2 pek susu baru - yang betul punya! Hehee...


Besh gak citer tu. Tapi, aku hanya mampu bertahan tengok sejam je. Sebab? Semut Merah call bertalu-talu. Rupanya, Oni sudah melalak memanggil Ibu. Aku buleh dengar tangisan dia di hujung talian. Kuat nok!!! Kesianya anak aku. Kenapa la dapat Ibu kejam sangat ni? Aku terus mintak kunci kereta kat Inche Kitchi dan panjat tangga pelan-pelan dalam gelap tu, keluar gi rumah Semut Merah. Setibanya aku di rumah beliau, aku tengok Semut Merah berdiri kat luar sambil dukung Oni dan Amni. AHAHHHA..

Ternampak je aku datang, Oni terus nangeh. Semacam dia bertanya kat aku "apsal Ibu buat Oni macam ni? Apa salah Oni asyik kena tinggal rumah orang je?"

Sedih tak? Kalau tengok muka dia memang sedih. Semut Merah kata dia nangeh macam kena pukul. Teresak-esak, tersedu-sedu. Ahh..kalau nangeh macam tu wajib le aku kena balik amik sebab dia memang takkan berenti. Itu adalah tangisan DETERMINATION.

Ini jelas membuktikan yang Oni tak buleh ditinggalkan dengan sesapa pun kecuali orang yang dia biasa seperti pengasuh dia dan Pak Teh. Maybe kalau nak tackle anak aku ni korang kena sama aktif ngan dia, ajak dia gi padang permainan ke hape .. Nak beli jiwa dia kan? So far yang berjaya meralitkan anak aku cuma Tokwan dan Pakteh Kimi je.

Kol 8.30pm aku bawak Oni gi panggung balik sebab Apak dia ada kat sana. Movie habih kol 9pm. Aku bawak Oni masuk dalam panggung. Saja nak test tengok dia nak nangeh dak. Pertama kali masuk panggung, ditambah plak dengan perasaan trauma kena tinggal tadi, Oni tengok Ryan Reynolds yang kehijau-hijauan tu tanpa perasaan walaupun dia cam pelik apsal muka orang tu beso sangat. Tak macam skrin tv kat umah dia. Bila kuar muka huduh PArallax tu, Oni terus sembam muka kat bahu aku, peluk kuat-kuat. Aku masih buleh rasa sedu-sedu dia yang masih berbaki. Kesian sungguh.

Pasni Oni ikut ajelah tengok wayang ye. Dah besar dah kan?

Kepala aku lagi runsing bila mengenangkan yang pengasuh aku ni  balik hari Isnin minggu depan. Buatnya aku nak beranak ni segera, mana aku nak tinggal ONi? Dia musti cari aku punya. KAlau aku bersalin tengah malam camne?


Tetiba Inche Kitchi sms...

 "Ma nak datang..On the way dari Ipoh skang."


Huu.. Ya Allah. Syukurnya. Aku doa biarlah aku bersalin je malam ni sebab Ma tengah ada. Takdelah aku risau nak tinggalkan Oni. Perut aku kerasss pulak! Adeh! 

Aku dah dapat telur ayam kampung dari Kak Yam. Tadi gi amik kat umah Kak Kiah. Aku nak beli 3 bijik, tapi Kak Yam kata kalau 3 bijik dia sedekah je. Free. Ni aku tengok dalam plastik tu bukan 3 bijik pun. Ada 5 bijik kot. Kak Yam salah bagi plastik ke hape ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram