Followers

11 Jun 2011

Mari Lihat Makbed dan Oni yang comel.



Geram haku tau. 
Nak kasi pakai pampers pun susah dah skang ni. Asal lepas mandi je, dia lari-lari keliling umah  - gonjeng tak pakai pape. Mementang la aku takleh kejar. Untuk menyelamatkan diri dari dibabab Ibu, dia nyorok kat celah kelengkang Apak.

JAdi satu kerja lak Apak nak kena dukung dia bawak datang kat aku.

Dah tu, payah lak nak sarung pampers bila dia tak nak baring bebetul. 
Pusing sana, pusing sini! 
Orang nak lekatkan gam pampers pun tak bleh. Dia sibuk nak tengok kat mana aku tempek pelekat pampers. Huuu... geram laaa. 
Kalau perut aku ni leper takpe la nak duduk lama-lama sambil melayan kerenah dia. Ini nak duduk pun tak selesa. Pehtu nak kena mengawal keadaan Oni yang nakal tu. 
Sakit segala perut. Tu belum time dia tersepak perut lagi,.

Dah tu seperti kebiasaan, bila aku dah hangin sangat....

"DUDUK LA DIAM-DIAMM!" marahku sambil tangan aku tampor bontot dia yang tak berapa nak  berlemak tu.

Alah.. kejap je diamye. 
Dah buleh aku pakaikan pampers, nak sarungkan baju pulak satu masalah.
Asyik nak terlompat-lompat. 
Mengah aku. Semenet pun takleh brenti. Bergerak aje budak ni.
Kalau bab ni marah memang tak lut lansung. BUat penat kerongkong aku je. Sementara nak siap pakai segala baju, nak mekap-mekap tu ntah berapa kali aku melaung.

Tapi, last aku melaung soh dia diam tadi tetiba......



CONTRACTION!


Jam 7.45 pm... Selama 10 menet.

Saat yang menyakitkan. 
Contraction memang sakit. Tapi, sekali tu aje.
Ni tengah tunggu lagi kalau ada. Heee...



Photobucket
Perut Ibu memang bantal yang best!


Apak snap gambo ni tadi masa gi kenduri di Lekir. Ginilah rupa dia kalo tido. Mesti tutup muka. 
Kalau jalan dekat-dekat, aku riba je. Aku perasan semakin dekat hari bersalin, Oni makin attach ngan perut aku. Setiap kali aku nak tidokan dia, tak kira la tido siang ke malam ke, dia musti sondol perut , minta dikendong dan telinga dia memang akan ditekap di dada - macam masa dia baby-baby dulu.

Dan dia makin cepat sentap kalau aku dan Inche Kitchi meninggikan suara tak pepasal kat dia.
Muka terus sebek, sebak.
Ada skali tu, aku marah dia sebab dia main-main masa nak tido. 
Oni terus senyap, tekup muka ngan bantal. 
Aku ingat dia tido la. Tetengok bahu dia gerak-gerak. Aku tarik bantal busuk yang dia boh kat muka tu. Rupanya, awok tengah nangeh. Nangeh senyap-senyap. Air mata bergenang je. 
Bila dianampak muka aku lagi dia sebek. 
Alalalallaa..sedih tau. 
Nyesal lak marah dia.
Tapi tu ahh, kalau tak marah, pakat tak de button off la jawapnye. 
Salunya pas kena marah, ONi akan cepat-cepat bangun peluk aku kuat-kuat. 
Kalau dia menangis, dia akan tido lebih cepat. Dia biasanya jadi camtu bila dia ngantuk.


Photobucket
Makbed di saat-saat akhir kehamilan


Shantek tak perot? 
HAHAHAHA.. 
Korang nak tgk perot kan? Ni la perot... Masa ni baby punya nendang sakan. 
Dia marah kot kakak dia sondol-sondol. 
Tapi, Oni rilek je. Buleh tido ngan nyenyak. 
Ibu la yang menahan. Jadi Mak Buyung dengan anak yang membesar aktif bagai johan ni memang mencabar. Taktau la time berpantang nanti macam mana pulak.


Doakan aku agar segalanya dipermudahkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram