Followers

14 Jun 2011

Makbed dah kembali...



Assalamualaikum sumaaa....

Makbed udah kembali ke rumah. TAPI, aku belum bersalin lagi...

Gini al-kisahnya..

Isnin, 12 June aku mendapati baby tidak begitu excited untuk bergerak. Hasil tandaan aku tu tak penuh pun 10 even menjelang jam 9 malam. Aku tunggu jugak sampai tengah malam - gerak memain je. Tapi, perut aku tak de pulak rasa sakit-sakit.

Maka pagi Selasa keesokkkannya, aku dah mula rasa tak sedap. Baby cuma gerak dua kali je start lepas Subuh sampai jam 9 pagi. Patutnya makin dekat nak bersalin, pergerakan baby harus lebih jelas. So, aku decided nak pi check sniri. Aku gi klinik, dan lepas scan Dr. Saadiah refer aku terus ke emergency di HATL (Hospital Angkatann Tentera Lumut) kerana air ketuban yang didapati kurang. Takut baby lemas.

Akan tetapi, aku sempat gi makan KFC dulu sebelum masuk spital! Lapar woo time tuh. Aku belum bekfes plak kan.


Lepas menikmati juadah 'mewah' sebelum bersalin, aku balik umah jap salin baju. Pehtu, terus ke emergency. Setengah jam menunggu, aku terus ditolak ke wad bersalin. Lepas diteliti segala report , aku discan dengan teliti sambil berborak-borak ngan tukang scan tuh... Memang sikit air ketubannya. Normal air ketuban perlu di paras 10 ke atas. Tapi aku cuma di tahap 8. Tapi paling rendah ialah 5 ke bawah. So, aku belum masuk kategori kronik lagi. Namun pemantauan diperlukan. Kendian aku dibawa untuk CTG plak, check jantung baby. Nak tengok jantung baby distress tak. Kalau baby cam tak berapa ok, aku memang kena bersalin gak sebab baby dah mula lemas. Tapi, lepas 20 minit CTG, tengok graf jantung dia cam HOKEEEE je. Rilek gila dalam perut, kata tuan doktor. Cuma, memang diakui dia memang tak begitu nak bergerak-gerak.


Jam 1 tengahari aku dah check-in masuk bilik. Sepertimana yang NINI D dok update tu, betul la tuh. Korang nak tau bacalah kat blog dia. Aku berkongsi bilik dengan Kak Ida yang baru jugak check-in jam 11 pagi. Dia dah sampai due date dan dah mula ada bukaan 1cm. Sesekali dia dok beradoh-adoh jugak la. Kitorang dok dalam  bilik borak-borak sambil menikmati makan-makan-makan yang dijamu pihak spital. Pehtu, tidooooo...... HAHAHA..rehat beb!


Petang tu Doktor buat round. Kak Ida dah sakit kerap-kerap. Dia cam rilek je al-maklumlah anak dah masuk nombor 4. Tapi dia kecik je. Tua setahun je kot dari aku. Aku gi mandi. Besnye aku takyah share bilik mandi ngan ramai orang. Masa Oni dulu aku tak sempat mandi pun. Aku bersalin di Hospital Manjung. Masuk-masuk terus beranak. Dah beranak kan Oni, hari da malam. Malas dah nak mandi. Makan pun tak sempat sebab waktu makan dah abih. Kesian tak? Tapi kali ni aku bebetul menikmati kemudahan spital yang maximum... siok gak main remote katil. Kejap naik , kejap turun. KAlau kat umah mau berebut bantal aku ngan laki aku sebab aku aje nak sampai 3 bantal nak tampung belakang aku SAHAJA. Belum boh kaki lagi. Bilik ado ekon. Jadi, sepanjang hari aku kat spital tu, aku cuma mandi 2 kali je. Kalau kat umah, ada la 8 kali kot aku mandi! Berpeluh lenjun...~


Kol 6 petang, pengasuh datang satu family bawak Oni. Malam tu Oni kena tido umah dia. Sebak aku tengok Oni yang kekonpiusan. Dia panggil aku banyak kali dengan muka heran apsal aku tak folo dia balik sekali. Masa tu aku rasa cam tak ready pun nak beranak since Oni agak tak terurus. Hati tak berapa tenang. Lagipun, esoknya si pengasuh nak kena gi KL. Jadi, kalau aku beranak malam ni, sapa lak nak jaga Oni esok dan lusa? Kimi belum sampai lagi, masih di Kuantan. Mujurlah ada Illa Seman, dia nak jagakan Oni. Tapi, aku tak dpt bayangkan Oni nak tido semalaman di umah Illa sebab dia tak penah tido kat umah orang lain pun. Aku tawakal je la.


Pengasuh bawakkan aku nasi ayam. HAHAHA.. buleh makan!


Lepas pengasuh balik, Inche Kicthi plak datang. dia datang bawak barang-barang. Aku pesan susu sekotak, air mineral... Pehtu aku suruh dia potong kuku kaki aku yang dah 3 minggu tak potong. Heeee...Dah aku nak potong tak bleh! Tak sampai ko. Siaannn.... Tak lama je dia lepak, pehtu dia pun balik. Tinggal lah aku sengsorang ngan Kak Ida. Lepas aku solat Maghrib, Kak Ida dah beradoh sakan dah. Aku saje borak ngan dia kasi dia distract sikit ngan sakit tu.

Pukul 9 malam, Kak Ida dah nampak cam tak ok sangat dah. Dia dah takleh jalan betul. dah macam nenek kebayan pencen je aku tengok. Tapi, aku jeles tau kat dia. Sebab dia dah sakit! Aku belum. Pehtu, dia asyik sendawa je, tak padan ngan badan halus cenggitu. Makin lama dia punya 'adoh' tu makin kerap. Ada la 3 minit sekali kot. Cemas lak aku. Aku gi konter cakap roomate aku tengah dok sakit. Sister tu soh gi jalan bilik depan. Tak jauh pun bilik tu tapi memang kena pi bilik depan sebab depa nak check bukaan. Lagipun bilik bersalin sebelah tu je. Takyah pakai wilcha pun.

Aku masuk balik bilik, Kak Ida dok packing baju. Dia tanya aku nak bawak pe masuk billik bersalin. Aku pun cam ingat-ingat lupa - pampes, baju baby, bedung... tu je la kot. Air selusuh dia dah minum masa sakit awal-awal lagi. Pehtu dia pesan soh aku minum skali air selusuh tu nanti.

Pukul 10, aku dah dok sengsorang kat dalam bilik. Aku men SMS ngan Nini D, Inche Kitchi..sesekali aku merapu-rapu daalam fesbuk. Tak lama pehtu, aku dah lalok dahhhh......


Jam 11.45 pm gitu, mata aku yang rabun ni mengesan bebayang manusia dia atas wilcha. Orang itu berbaju purple, ditolak oleh Sister yang berbaju biru. Aishh? Takkan Kak Ida kena masuk bilik balik? Dia sebenonyr tengah senyum tapi aku tak nampak sebab aku kan rabun!


"Akak dah bersalin dah....." gitaunya lemah.




"HOHH??" aku bingkas bangun. Cari spek. Dah spek kat mata aku terus usha perut dia. Ha;ahlah,,kempis suda. Aku tengok jam. Eii...senangnya dia ni bersalin? Cepat betoi. aku tak sempat lelap pun. Aku mulanya dok terpikir gak pasal dia , maybe nak jalan kejap gi bilik menunggu tu teman dia kan. Tak sempat ponn.....


Seploh minit pastu, baby pun masuk bilik. Alahaii.... comel betui anak dio. Jeles aku. Dia dah branak. Aku belum. Sakit kejap-kejap. Tak teratur pun. Kadang sejam sekali. Pehtu 2 jam plak. Hmm... memain je anak aku ni.


Walaupun ado baby dalam bilik,kitorang masih buleh tido dengan nyenyak sebab anak dia lansung tak nangih. Even aku dah balik ni pun, anak dia masih lagi tido. Baik betui!


Pagi esok nya, iaitu hari ini, lepas diperiksa doktor, aku disuruh balik dulu. Sebab kang tunggu lelama bosan lak. Aku pun sedikit frust sebab kalau buleh aku nak je beranak segera. AKU DAH TAK LARAT! Tapi, Allah lebih tahu. Maybe this is not the right time for me to beranak yet. Pehtu aku teringat Oni. Kesian Oni kat umah sengsorang tak ketahuan hala keadaan dia. Papepun, aku kena settlekan Oni elok-elok.


Then petang tadi, aku dah kuar. Kak Ida pun keluar skali ngan aku. Semut Merah sempat le melawat, bawak Amni yang montel dan Spicy Chicken McDeluxe. HEHE.. Aku dah tak payah gi check-up kat klinik lagi. Aku diberi privilege untuk terus check-in kat wad bersalin pada 21 Jun , minggu depan pada jam 7.30 pagi. So, tulah dia kot tarikh beranak aku. Andai kata aku sakit sebelum dari tarikh tu, aku memang terus ke wad bersalin je.


Bagus jugak. Kimi will be here in 3 days, hopefully. So, I don't have to worry anymore. Ida Kurau pun dah balikk dari kampung. Semua ada di sini.


Setibanya aku kat rumah, Oni terlompat keriangan bila nampak aku. Alahai... anak aku sorang ni mulutnya macam bertih jagung. Tak berenti bercakap. Memacam soklan dia tanya. Tapi, dia tak lepas-lepas pegang kaki aku, ikut mana aku pi. Takut kena tinggal lagi la tuh.


7 jam tinggal ngan Illa Seman dan asbennya, Oni dah jadi Ryan 'ONI' Giggs. Depa bawak dia main bola sepak kat padang le plak. Huhuhuhuhhuh...





Mekasih kepada semua yang mendoakan aku. Tima kasih buat Nini D yang jadi wartawan tetap sepanjang aku kat spital. Baby just tak mo kuar lagi buat masa skang. So, semua orang kena barsabaq!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram