Followers

10 Jun 2011

Makbed cari teloq



Nak kemas rumah. Konon nak tunggu Oni tido baru nak start sapu sampah. Tapi, bila Oni tido, aku pulak tetiba bernapas kelegaan lantas tertido di atas kerusi. 

Takpe, malam kang Oni tido, aku sapu. Nak kutip menan-menan bersepah pehtu buleh mop terus. 
TErpikir gak camana aku nak mop lantai dengan perut yang sebegini rupa. Berdiri lama sikit pun aku rasa bontot aku nak jatuh. Lenguh oii...


Nak lipat kain. Hasil basuhan baju balik kampung lama-lama hari tu nak kena lipat. Pehtu, baju-baju mengandung dah mula kena lipat untuk dimasukkan kembali ke dalam kotak. Banyak keje tu. Tapi, entah bila nak mula. Tunggu Oni tido? AHAHAHHA...
Nak duduk atas lantai tu seksa jugak. Skali lagi, bontot sakit. 


Habih, kalu aku tak wat, sapo nak wat neh?


Yang maintain lawa sikit ialah dapo aje. Sebab aku salu masuk dapo. 
Memasak pun masih lagi rajin. HAri ni aku masak gulai udang. Tapi terceroi sikit. Lebih air la plak.
Lepas Maghrib aku ajak Inche Kitchi gi pasar malam - nak cari telur ayam kampung. 
Malangnya, takde pulak. Time kita cari, memang tak de! Time tak cari, ada je... JAdi, aku just beli rempah kari daging sepeket beso dan secawan air kelapa. 

Sebelum sampai umah, aku order burger daging kat kedai burger. 2 bijik tau untuk aku sorang. AHHAHAHHHA... Balik umah terus baham suma. Takde baki. 

Kang tengah malam sure aku lapa balik. Takpe, nasik ado lagi. Gulai udang masih ada untuk dijamah. 
Go Go GO!



Tetamu, kalau datang sila abaikan rumah saya yang bersepah tak serupa macam rumah ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram