Followers

30 Jun 2011

Makanan Penambah Susu Badan

Meh kita kongsi sedikit ilmu bab penyusuan badan.
Even aku takleh bf Najwan, aku tetap perah susu sekerap mungkin. Asal ada rasa cucuk-cucuk je kat breast, aku segera gi amik pam. Sambil tengok tv pun leh pam ape...kan? Sambil berblogging ? Belum try lagi. HAHAH..
Apa pun, aku bersyukur sebab Najwan masih buleh of menikmati susu Ibu instead of susu formula.


Camana nak tambahkan susu badan? Skang ni, sekali perah aku buleh dapat 2oz ke 3oz. Aku pernah tengok ibu-ibu menyusu yang lain perah beroz-oz... sampai penuh botol. Yang aku perasan di peringkat awal ni, asal Najwan nangeh lapar, breast aku pun turut sama rasa perit, dan 'mengajak' aku turut menangis sama. Tu petanda kena pam la tu.

Info ni aku dapat masa surf dari Google. Well, Google is the best teacher, right?


Ibu menyusu buleh cuba menambah susu melalui pemakanan. Antara contoh-contoh makanannya ialah:


1) HALBA
Halba ni orang salu guna buat masak kari. Ini milk booster terbaik dan tersenang untuk didapatkan di pasaran. Ada juga yang dijual dalam bentuk pil.


 2) JINTAN
 Ni pun digunakan untuk masa kari. Aihh..senang-senang makan je la kari bebanyak. HAHAHA... Senang susu melimpah!

3) KURMA
Yang ni aku amalkan. Asalnya aku makan sebab kurma ni boleh buat luka pembedahan cepat baik. Tapi, sebenarnya kurma ni memang boleh tambah susu dalam badan sebab ada extra kalori. Sebagai ibu yang menyusukan anak, kalori adalah penting. Kalau tak, ibu cepat letih.


4) SUSU
Untuk menghasilkan susu badan kepada bayi, si ibu juga memerlukan susu. Susu diperlukan untuk membekalkan segala vitamin dalam badan. Kalau tak cukup kalsium, kang rongak lak gigi ibu nanti. Ada yang anak dah 3, gigi dah tanggal.


5) CHEESE
Sedap neh! Makan jela ngan roti. GErenti banyak susu. Susu pun sedap jek rasa.


6)TEMPE
 Boleh memekatkan susu. Bayi kenyang, ibu riang.


7) SAYURAN HIJAU
 Untuk yang dalam pantang, sayur sawi dan kailan buleh membantu. Yang dah lepas pantang, bedal ajelah sayur apa yang awak suka.


 8) LOBAK PUTIH
 Memang tak sedap. Setengah orang tak suka sebab baunya. Tapi ,sayur ni kalau buat masak air, boh lada hitam dan makan dengan nasik panas, hasilnya memang tak mengecewakan. Bukan soh makan hari-hari pon. Cuba lah!


Apapun, Ibu perlu banyak minum air dan makan secara kerap untuk maintain jumlah penghasilan susu. Sila jadikan budaya pam susu selang 3 jam sekali sebagai hobi, tak kiralah di mana anda berada.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram