Followers

26 Jun 2011

Mak Abah dah balik dah... sob sob sob

Tengah sedih ni. Mak Abah dah balik dah. Sob..Sob..Sob.. Beshnye ado Mak. BUleh la borak-borak. Tapi, lagi lama Mak kat sini rasa cam dera Mak lak. MAk tak brenti-brenti buat keja. Mak jaga Najwan. Mak mandikan. Mak masakkan makan. Dah le datang jejauh dari Kuantan. Dik Lin plak demam campak. Habeh la .... Penolong Kanan 1 dia kena demam campak, capik le segala perjalanan kerja rumah. 

Tadi MAk sental bilik air. Sebab dia tau kalau dia tak buat, kang aku yang gi buat. Dalam pantang ni kan asyik dok umah je. Bukan buleh tengok umah sepah. Mulalah nak membebel!


Ni kang balik Kuantan, sure Mak kena mengemas lagi. Biasalah kalau dah balik berjalan jauh, nak cuci kain bagai. Lipat-lipat, susun sumer... Kesian Mak. 


Abah tak berapa sihat tu. Risau aku. Tulang rusuk dia bengkak masa jaga Auni tempoh hari, masa aku dok spital. Tokwan ngan Oni main camana ntah, terjatuh. Dada dia terlanggar tangga ke hape ntah. Tu le yang Mak citer. Tapi, Mak kata awal-awal tu Abah takleh cakap gak la. Sesak napas kot. Aku tengok lebam kat dada tu ado lagi. Iskk..risau nehhh. Rasa bersalah pun ada jugak. 


Skang sendiri dah rasa pengalaman jadi ibu bapa, memang tak leh nak mendabik dada cakap kita tak perlukan pertolongan mak bapak walaupun kita dah besar panjang, beranak-pinak dan berkeluarga sendiri. Yes, kita memang buleh berdikari, tapi ada satu masa tu kita memang sangat-sangat memerlukan kedua orang tua kita, sama macam zaman kita kekecik dulu. Inilah yang aku rasa skang. Dah bebeso panjang camni, anak dah dua pun, aku masih mengharapkan bantuan MAk Abah. Hah, dalam situasi cam aku hadapi skang, nak harap sapa lagi selain family? 


Bertuah aku... adik-adik aku suma jenih yang tak kedekut tenaga. Tu yang Mak Abah ajar kami adik-beradik. Gado..GAdo la jugak. Tapi, bila sapa-sapa susah, tak dapat hulur duit ringgit, hulur tenaga itu adalah pasti dan mesti. None of us were left unattended. Setiap seorang antara kami ado tanggungjawab masing-masing kepada keluarga biarpun sudah berkahwin. 


Dan aku masih lagi LOUD SPEAKER kat dalam family aku. Sebab, adik-adik aku ni bila Mak panggil diorang selalu tak menyahut. Aku lak pantang kalau Mak Abah cakap buat donno je. Mak panggil 3 kali dah, aku yang dok sebatu dengar, diorang ni dok sebelah ketiak Mak pulak tak dengar. Kalau suruh tu, 5 minit baru nak jalan. Haaa... aku lak tak bleh. Dah dibiasa Abah aku torture aku kalau tak menyahut aje bila dia panggil, dia libas ngan rotan. Jadi terbawak-bawak le kat aku bila adik buat camtuh!!! Maka, kalau diorang buat taktau je Mak cakap, aku lak yang tolong ulang apa Mak suruh sekali lagi, dengan gaya tersendiri la ye... AHHAHAHHA.. Salu Mak wat taktau je bila aku melolong tu. Senang keje dia kot. Mak memang tak suka jerit - TAPI AKU SUKA. Release tension! 


Tadi aku dah start membebel, maknanya aku dah semakin pulih la kan?


HAAHHAHA.. cis cis..





Pesanan aku pada adik-adik yang baru nak menikah, jangan sesekali beranggapan bila udah kahwin, ada bini, ada laki sendiri, anda buleh campak Mak Bapak anda ketepi. Anda dah cukup matang dan tak perlukan bimbingan nasihat mereka. SALAH! 

Mak Bapak punya bonding takkan putus sampai bebila tau. Itu pertalian yang kita tak nampak terang-terang tapi sentiasa ada je dalam hati kita. Anak perempuan lagi la. Itu la pentingnya memilih suami yang buleh terima kehadiran MAk Bapak kita. Sebab, suami buleh la nak give and take dan tak terlalu menggunakan kuasa veto beliau sahaja sampai kita nak berbakti kat Mak Abah kita sendiri pun tak leh.


It's ok kalau Mak atau Bapak kita layan kita macam budak kecik walaupun kita dah kahwin. Diorang ni risau. Dulu, aku rimas gak. Suma nak tanya. Tapi, skang aku dah paham dah kenapa jadi camtuh. Bila ada anak ni, kadang-kadang kita lupa yang anak kita tu membesar , dan bakal jadi macam kita. Skang ni, aku pun tak leh nak bayangkan keadaan diri aku camana bila Oni dah ready nak kawin, dan jadi Mak macam aku sok. Dan , aku pulak yang menjaga dia, cuci jamban rumah dia, tengok luka jahit dia segala , masak makan, jaga cucu....sama macam apa yang Mak aku buat kat aku skang. Begitulah masa berputar, kan? 


Abah aku tak berubah-ubah dari dulu. Suka sangat ngan budak kecik. Dia cukup suka baby yang berbau minyak angin, vicks... Tak sudah-sudah dok cium. Dan Abah memang sangat pakar bab jaga baby. Jaga mak baby pun pandai. Masa pantang Oni dulu, Abah yang siapkan tungku. HAHAHAA... So, tak mustahil gak la nanti dia memperturunkan ilmu bertungku kat adik-adik lelaki aku. Lagi satu kan, Abah ni memang terer bedung baby. Kalau dia bedung memang KETAT, dah jadi lurus anak aku. BUkan bedung pakai lampin tau. ini bedung pakai tuala nipis. Tuala belang-belang tuh. Kalau dia datang je, aku selalu kena sound sebab tak bedung anak bebetul. Even ado bedung moden, tapi harganya kan mahal. Abah aku punya bedung harganya RM2 je. Buleh beli seploh!


Kimi masih ada di rumah untuk beberapa hari lagi. Inche Kitchi dah beransur baik. Dah kering dah bijik-bijik campak tuh. Insyallah 2 hari lagi dia dah buleh dok umah. Sian aku tengok laki aku. Rindu nak peluk cium anak-anak *eh...dah anak-anak dah ye??. Dia hanya buleh balik umah bila Oni tido atau gi jenjalan je. Tadi, dia balik nak mandi, dia dok belek Oni yang tengah tido kat depan. Touching lak aku tengok gayanya. Selalu dia cium anak dara dia sebelum tido. Skang, terpaksa la aku telepon si Apak, so that Oni buleh muah muah Apak dalam telepon aje. 

Oni pun rindu Ayah dia. Tadi, ABah kuarkan gambo kahwin kitorang, Oni nampak. Dia tunjuk-tunjuk gambar Apak dia... sebut "ayah...ayah..!" Bila Tok Wan alihkan page ke lain, dia marah Tok Wan. "JANGAN KACAU!" pehtu dia bukak balik page yang ada gambo Apak ngan Ibu dia. Oni budak cerdik. Selipar Apak dia pun dia tau yang mana. JAdi pesanan untuk Apak, kalau nak menyorok dari Oni, silalah sorokkan slipar sekali. Sebab tadi dia dah panggil "ayah" sambil tunjuk kat slipar dan pintu umah Kurau sekali. NGAAAAA~



Letih jaga adik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram