Followers

2 Jun 2011

Lelaki nervous, boleh percaya tak?



Amaran: SILA BACA TANPA PREJUDIS


Aku taktau camana perasaan seorang lelaki bila tiba saat melafazkan akad nikah. Katanya, gemuruh habih. Aku tak paham.. 
Kenapa?
Kenapa mesti gemuruh? 
Sama je kot rasa macam baca ikrar kat perhimpunan sekolah setiap minggu. 
What's the big deal eh?

Ada yang cakap, pompuan bertuah, sebab tak rasa camana nebesnye bersalam ngan tok kadi tu. Sejuk-sejuk segala sendi. Macam roh nak terkeluar dari badan. 

Huh?

Sampai cemtu ke?


Ce citer sikit pihak lelaki. Berikan komen anda.






Tu normal maybe. 
Siap ada doa kot untuk bagi hilang gemuruh masa akad nikah.
Ada bakal pengantin tu siap emo lagi bila kena usik ngan kengkawan bab lafaz akad.
Ada yang sampai kena ajar hapal skrip berulang kali, sudahnya sampai kat depan tok kadi, kena ulang lafaz 8 kali sebab gagap , atau terlupa nama bakal isteri. 
Ada yang salah sebut jumlah mas kawin. 
Ada yang tak boleh cakap lansung!
Haaaa....pasepa tu? 


Kalaulah begitu susahnya melafaz akad nikah, aku nak sangat tau kenapa. 


Jangan cakap pompuan tak amik endah ngan kesukaran lelaki melafazkan akad.
Kitorang maybe tak paham pesal nak nebes-nebes.
Anyway, kami yang pompuan ni tak de pun pulun kejan (paksa) si bakal suami soh LAFAZ CEPAT SIKIT BULEH , cuma minta tolong bertimbangrasa la sikit masa tu kami orang ni dok bersimpuh ngan kain ketat. So, cepat sikit lafaz. Penat mak tahan napas dan kawal diri nih!! Tu je.... 

HAHAHHAA

Alah.. lelaki saje je buat menda tu jadi isu. 
Sama la.. Sakit kena sunat sekali je seumur hidup dirasanya but they make it such a big deal. 
Wo...sakit woo! Eleh, sakit skali je kot? 
Sama la ngan akad nikah ni. Nebes sekali je kot. 
Maybe besar hikmahnya Allah bagi rasa gemuruh menggeletar tu datang. 
Supaya si lelaki iaitu bakal suami rasa lebih bertanggungjawab.
Rasakan bebenan yang bakal ko tanggung sebaik sahaja akad berjaya dilafazkan. 
Tu, isteri ko yang bersimpuh ketat atas bantal tu bukan tempat 
ko gomol-gomol aje bila-bila masa ko nak, tapi ko kena jaga segala kebajikan, sakit demam dan ko lah juga imam rumahtangganya. 

Tapi, ye ke bebetul nervous? 


Nak dibandingkan dengan nervous nya seorang wanita bergelar isteri ... TAKKAN sama beb.
Oh, nebes masa malam pertama? Semestinya lah. Dua-dua nebes kot, kan? 
But, akhirnya di isteri tu la pulak menanggung 'hasil' selama beberapa bulan , kendian kena pulak pantang selama beberapa bulan pastu. 
Waahhhaaa... nebes? Sama tak dengan lelaki punya nebes masa nak akad nikah?
Tak samo!

Tapi, si suami yang jenih tak paham erti timbangrasa bleh lak slamber cakap kat kengkawan "alah... bini aku sejak ngandung ni, malas nak 'layan' aku..." ataupun "alamak...bini aku bersalin. Matilah aku kena pantang 100 hari...

Patut ke ?

Sapa pulak yang buat isteri ko jadi camtu? Ko la jugak kan? 
Tu hasil ko punye 'nebes' masa nak salam ngan tok kadi ari tu la!

 Jangan sesekali ungkit camana perasaan gemuruh anda ketika akad nikah. Kalau kenangan tu boleh buat cinta anda kukuh kepada isteri, teruskanlah. 
Kenanglah saat itu sebagai permulaaan kehidupan manis berumahtangga. BUkan kenang dengan cakap-cakap kosong je. 

Nasihatkan pada adik-adik yang nak kawin tu, natijah dan hikmah sebaik sahaja akad tu dilafazkan.


Dan, aku nak sangat tau berkesan ke perasaan nervous seorang lelaki bergelar suami tatkala dia tergamak meninggalkan isterinya tanpa nafkah , terkontang-kanting dengan anak-anak sementara dia gi berjimba dengan mana pompuan ntah di luar sana? 
Sejauh mana terkesannya impak nervous masa akad nikah, siap keluar peluh jantan lagi tapi bila lepas beberapa tahun nikah dia memilih untuk mencurangi isterinya?
Sejauh mana kah darah gemuruh seorang lelaki bergelar suami boleh mengekang dirinya dari melakukan DOSA? Tak kisah la pape dosa pun - tak jaga amak ibadat isteri pun kira dosa la jugak kan?
Dan boleh percayakah dengan rasa cuak seorang lelaki bila nak salam ngan tok kadi tapi bila time dia rasa dia hebat , slamber je dia lafazkan talak tiga pada isterinya hanya kerana si isteri tangkap dia berzina ngan pompuan lain dalam rumah mereka sendiri, ketika si isteri tu sedang berpantang di kampung?
MASA BUAT DOSA, ADA TAK DATANG RASA NERVOUS?


Aku nak sangat tau, boleh caya ke nervous orang lelaki ni?
Boleh kesian ke? 



p/s - Pompuan pun ado gak cemtu. BUkan nak kate lelaki je... Heeh!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram