Followers

23 Jun 2011

Kisah Bersalin Aku : Sikit punya lama tunggu ni...

Ok sambung lik...



Aku masuk wad pada Jumaat 17 Jun 2011. 2 hari aku di wad, 19hb, aku masih lagi tak da bukaan. Cuma 2cm aje. Tapi, sakitnya memang ada. Aku selalu gitau hapdet pasai aku kat Nini D sebab dia sungguh rajin tanya khabar aku . Pagi-pagi je telepon. Dr. Sharipah yang merupakan seorang doktor pakar check, memang sah bukaannya ciput je meskipun contraction makin kerap.

Citer pasal Dr. Sharipah ni kan, aku rasa punca orang tak beranak kat HATL maybe sebab dia ni cam garang. Dan ganazzz..... first experience aku ngan dia mak aihh, trauma kot. Dia cuma seluk je pon. Masa tu aku ngandung kan Oni - scan tak nampak so diorang ni saspek aku ngandung luar rahim. Tu pasai le jumpa Dr. Sharipah ni. Kalau nak suruh gambarkan orangnya, she is best described macam Adibah Nor la. beso agam gitu. Dia ni doktor army. Belum kahwin tapi dia memang sangat pakar bab gynae ni.


Tapi tu cuma gambaran kasar masa tu , sekali je aku jumpa dia. Lain-lain tu aku cuma dengar khabar-khabar orang yang pernah berurusan dengan dia je. Jarang orang nak bersalin jumpa dia sebab dia kan pakar, semestinya susah nak ditemui pada hari biasa. Kena wat appointment dulu. Tapi, pada hari tu, aku berpeluang bersemuka dengan dia eheem.... the experience was not so good loh!

"Meh sini kita check.." kata dia sambil sinsing lengan uniform kaler hijau dia tu.

Ko bayangkan lengan Adibah Nor? Haa..bayangkan. BUkan 2 jari ye masuk ke 'zone' itu tapi segenggam tangan kanan dia tu yang menerjah. Memang 'sedap'. Aku tak sudah-sudah mengucap. Tak cukup tangan kanan masuk kat dalam , tangan kiri dia plak cengkam bahu aku. Berair mato den nih.

LAgi kecewa bila dia gitau bukaan takde progress, tapi memang ada contraction. Aku cam pelik sangat. Apsal ada contraction, tapi bukaan tadok?

"Takpe, kita tunggu esok pulak. Sabar ye. Belum sampai masa lagi.." kata Dr. Sharipah. Sepanjang masa tu dia baik je.

MIsi-misi kat wad pun ok-ok. Ada la sorang dua yang macam dah jemu tengok muka aku kat wad tu. Dah berapa hari tak beranak-beranak pun. Orang lain masuk lambat dari aku pun dah kendong baby bawak balik. Aku?



 19hb...

Inche Kitchi melawat aku macam biasa. Oni tinggal kat umah pengasuh. Settle jap isu Oni. Buleh dah aku duduk elok-elok kat wad. Tapi, masalah lain pulak yang datang.

Inche Kitchi datang spital tunjuk kat aku bijik-bijik yang naik di perut. Nampak cam demam campak je. Aku cecepat suruh dia gi klinik. Dan memang sah, chicken pox.

Sudah...... Skang ni camno? Apak yang bertugas menjaga Oni di waktu malam telah tidak dapat menjalankan tugasnya. Takkan nak biar Oni dok umah lak.Jangkit! Maka, Oni terpaksa ditinggalkan di umah pengasuh tak balik-balik. Nak wat camno.... Dalam hati aku menangis. Aku kena kuat sangat. Aku dah janji dengan Oni tak mau tinggal dia. Tapi, aku memang tak daya dah. Tu je jalan terbaik.

20hb...

Tengah malam tu aku nangih. Aku sakit kuat sangat. Aku dah jemu dengan CTG saban pagi. JAntung baby memang sihat. Takde distress. Contraction ada. Makin kuat. Sakit... Aku request untuk induce tapi Dr. Sharipah kata tak perlu sebab aku bukannya ada penyakit berbahaya. Aku ikut jek. i kept calling Nini D and asked her husband's opinion. Laki dia cakap, memang sepatutnya aku buleh mintak czer. Patutnya awal-awal lagi dah czer. Tak yah tunggu selama ni.

Sepanjang masa aku di spital, aku sabar je. Even aku sakit, aku memang diberikan kuasa oleh Allah untuk menahan sakit. KAlau orang len maybe dah guling-guling dah. AKu tahann... tahannn.. Siap buleh jalan lagi. Bayangkan la aku tak penah gagal pun cakap telepon ngan Nini D, borak-borak, gelak-gelak walaupun dok sakit. Tapi, kemuncak kekecewaan aku tu kendiannya jam berapa pagi ntah aku SMS si Nini D bagitau yang aku nak lari spital. Aku nak gi spital swasta, terus request czer jek.

Masalahnya, diorang ni bagi ke aku kuar spital camtuh je? Dah bukak kan 2 cm?

NAk lari ke nak tunggu....... 

Inche Kitchi soh sabar. Kalau dia sihat, memang dia bawak lari je aku ni. HAHAHAa...


Malam tu adalah malam kedua misi kasi aku Neobin - sejenih ubat penahan kesakitan. Memang lalok ubat tu. Aku terus bertenang dan tido. Baby pun tido gak. Siyes tak rasa dah sakit but contraction masih ada. kena cucuk ubat tahan sakit pun buleh rasa sakit, kalau tak cucuk?


Aku tido dengan hati yang kuciwa dan risau. Malam tu aku beristhghfar memohon keampunan Allah. Semoga Dr. Sharipah lembut hati nak bedah aku sok nih. Huuuu~


 Selamat Bersambung...... hehehhehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram