Followers

24 Jun 2011

Kisah Bersalin Aku: Kuih cincin jamahan terakhir

sambungan...



Aku dah ready, terbaring atas 'kerusi' bersalin. Nampak cam katil, cam kerusi pun ado gak. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi.

Ubat dimasukkan melalui IV di tangan kiri aku. Setengah jam lepas tu, aku dah mula rasa sakit. Perut mengeras. Sesekali baby dalam perut pusing-pusing. Makin lama, makin kuat contraction tu. Sakitnya sampai aku tertido. Jam 12 tengahari, aku terjaga sebab kesakitan makin dirasai. Kak Intan, bidan yang menguruskan aku masa tu tak tinggalkan aku. Dia asik pegang perut aku je, sambil tengok jam.

"Sakit ye. Contraction tu ada.... Sabar ye. Bersalin memang sakit...." pujuk Kak Intan.

Aku cuma diam je, menahan sakit. Tak mampu dah aku nak berkata-kata masa tu. Aku cuma berdoa je, biar la sakit pun janji baby aku selamat dilahirkan. Tak putus-putus aku bertasbih, berzikir... baca doa Nabi Yunus... lepas tu beristighfar sampai la sakit tu ilang.


Kat luar labour room tu bising-bising. Ado misi mano ntah baru balik Sabah, bawak balik kuihi cincin. Kak Intan tanya aku nak sikit tak kuih cincin. Kang aku kempunan lak. Aku senyum jee... Nak kata nak pun takleh. Tengah sakit. Tapi Kak Intan bawakan satu untuk aku. SEMPAT LAGI MAKAN KUIH CINCIN masa dok sakit nak beranak!!! Hebatt~

Bidan nama Pauline lak masuk. Ajak aku borak-borak. Dia memang ramah ngan aku sejak hari pertama masuk lagi. Sambil tu dia pegang-pegang perut aku yang sakit sekejap-sekejap nih. Aku tetiba rasa nak kencing. Diorang pasangkan tiub kencing. Mak aih... ! Apsal masa Oni dulu aku tak rasa pape, kali ni aku terasa gak la. Heee... Pehtu aku terus dah tak rasa cam nak kencing. Senang je depa boh natang tu ye. Macam pasang kabel tv plak. Tetau je dah siap!

Sakit makin kuat. Tapi, Kak Intan kata baby tak engage habih ke bawah. Aku pun takde rasa nak meneran. Memang pelik sangat. Kak Intan tanya aku nak ubat tahan sakit tak. Dia nak cucuk lagi skali lagi. Aku terus angguk je, walaupun jiwa tak berapa nak redha. Sebab dah banyak kali kot masuk ubattahan sakit - 3 hari berturut-turut.

 "Ni dah dos ketiga. Dah sampai masa nanti teran elok-elok, dengar cakap bidan. Kang kesian baby.." kata Kak Intan. Aku angguk je. Ntah aku ingat tak lagi camana nak neran ni. Dalam kepala aku lansung tak terbayang diri aku meneran. Aku tak nampak pape pun dalam visi masa depan aku. Siyes tak nampak gaya aku meneran. Ini bermakna, aku sudah hampir putus asa. Aku tak yakin yang laluan tu terbukak.

Jam 2 petang, Dr. Sharipah datang dengan uniform askarnya itu. Dia tanya khabar aku, berapa kerap sakit, camana keadaan suma. Aku cakap, aku dah tak larat. Ubat tahan sakit ni tak de pun buat contraction aku ilang, tapi sakit-sakit yang ciput-ciput tu memang tak rasa la. Dah tu, Dr. Sharipah dah sinsing lengan baju dia.

"Kak, jom kita buat last VD. Tengok berapa cm dah.." Panggil Dr. Sharipah.

 Hadohh.. aku tatau la VD tu apa maksudnya secara betul tapi aku napak dia sinsing lengan baju tu aku tau la dia nak wat pa! Mati la!!..Mati laa!! Nak seluk pulak lagi.

Memang kena seluk pun. Tapi, kali itu aku tak rasa sakit dah. HAAHAA.. Penangan ubat la ni. Aku merelakan aje. Aku rasa sakit lagi rasa contraction tu. Tapi, tangan dia buleh dirasai di sekitar rahim aku.

"Ada bukaan, 4 cm je. Tapi baby tak engage...." beritahu Dr. Sharipah sambil pandang Kak Intan.

Aku mengesan sesuatu di wajah Dr. Sharipah.. dan Kak Intan pun menghela napas berat.

"Susah ni... Lama nak tunggu Dr..." Kak Intan separuh berbisik, tapi aku dengar.

Dr. Sharipah pandang aku.."baby awak besar untuk awak. sebab tu agaknya dia tak engage...."

Aku dah nak nangih dah. Habih tu takkan nak tunggu aje?? Aku tanya la... ada option lain tak since dah lama sangat dah tunggu tak bukak. Air ketuban dah le sikit.

"ADA.. Last option untuk awak ialah czer. Tapi takpe.. kita tunggu sejam lagi.." jawab Dr.

Aku takmo. Aku terus mintak nak czer. Mulanya Dr. Sharipah terkejut gak sebab aku mintak. Czer jarang berlaku tanpa dirancang. Selalunya mak buyung yang czer ni memang awal-awal dah tau dia nak kena czer. Ada appoinment.

 TApi aku merayu jugak nak czer. Aku tak daya nak tunggu even bukak sekali pun, ntah aku buleh meneran ke tak. Dah habih nyawa dah ni. Maka, Dr. Sharipah pun jerit la panggil suma misi , siapkan aku untuk czer.

Tak sampai 15 minit, aku dah bolen bogel.. Manyak gila misi menguruskan aku. Ada yang kasi aku minum air apo ntah kaler pink. Rasa cam air apple pun ado. Pastu, cucuk tu, cucuk ni. Aku lak banyak mulut tanya menda apa diorang bagi ak. AHHAHA.. Konon nak ingat la kang nak tulih blog kang. Sudahnya, haram satu pun tak ingat. Diorang tanggal spek aku. Tanya aku ada pakai contact lense ke, gigi palsu, gigi emas ke... Aku cakap takde.

Dr. Sharipah try call Inche Kitchi, tapi tak dapat. Ntah aku salah kasi nombor kot. Tapi kat buku pink ado je nombor tipon beliau.

"Takyah soh dia datang doc. Suami saya kena demam campak.." beritahuku.

"Laaaa!! Yekeee?? Ish..Ishh.. Bahaya ni. Jangan bagi laki ko dekat-dekat dengan anak-anak. Tak pelah Takyah datang. Ko je la sign surat ni.."

NAh........aku kena sign surat kebenaran pembedahan ke atas diri sendiri. HEHEHEHEE..

Kendian, aku disuruh mengiring. Takleh baring, nanti baby lemas. Masa tu baru aku tau yang air ketuban aku dah pecah......



 Aku cepat-cepat disorong keluar... dan masa keluar tu aku rasa seluruh wad bersalin tu sunyi je. Aku tau suma orang termasuk 3 lagi mak buyung yang sewad ngan aku tu sangat risau... Aku tak ingat pape dah. Dah le rabun. Aku cuma nampak Oni je panggil aku Ibu..Ibu... (masa ni memang aku touching sengsorang)



bersambung la lagi kekdahnye yee!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram