Followers

24 Jun 2011

Kisah Bersalin Aku: kena paksa jugak

PERHATIAN:
Cerita ni memang mengerikan dan bahasa-bahasa yang digunakan ditulih secara telus supaya orang yang baca paham. Memang tak sesuai dibaca oleh orang yang penakut dan prejudis. Saya bukan melucah di sini. Metacih!!



sambungan kisah bersalin aku tempoh hari...


Pagi tu aku bangun cam biasa , dalam kol 6am untuk ujian CTG. Baby masih ok. Contraction ado je dalam graf chart tu tapi aku haram tak rasa pe penangan ubat penahan sakit. Rasa mual mula menerjah tekak. Untuk menghilangkan rasa tak selesa aku tido aje atas katil tuh.


Bila dah habih,aku duduk kat katil. Aku dapat SMS dari Nini D... Aku survey ngan Semut Merah dan Kak Kiah. aku memang nekad nak keluar dari spital tu dan gi private je sebab aku dah tak sedap hati. Takkan nak tunggu! Tetiba ado sorang Mak Buyung yang kena induce jam 1 petang semalam, kalut-kalut panggil misi cakap nak 'terkeluar' dah. Actually, kitorang dua orang je yang tengah tunggu nak bersalin. 2 orang lagi mak buyung kena tahan sebab asthma. 

Kejap je kot Mak Buyung tu teran.... setengah jam pastu, dia dah balik tempat bawak baby. Aku lagi la tensen nengok nye!


Dr. Sharipah datang awal hari tu. Dia terus gi katil aku yang letaknya kat hujung. Ohh, aku tak dok private room sebab aku memang dah sakit-sakit, jadi diorang letak aku kat waiting room yang dekat dengan bilik bersalin. So, takde la terhegeh-hegeh nak jalan kalau dah terbukak 10 cm nanti. 

"Laaa.. tak bersalin lagi ke?" soalan pertama Dr. Sharipah kat aku. "Sakit tak?"

Aku angguk. Sakit..tapi aku tak rasa sangat sebab aku kena ubat kan. Aku terus cakap kat dia yang aku nak keluar hospital since aku dah tak beranak-beranak lagi. Aku tak mau tunggu lelama kat sini dah. 


"Isskk... Nak balik? Dah bukak 2-3 cm, pehtu ada sakit pulak. Mana buleh balik? Jom... saya check dulu la.." balas Dr. Sharipah.

"ZRESSSS!!!!" dia tarik langsir untuk tutup kawasan aku. Dia basuh-basuh tangan dia, pehtu dia sapu hape ntah...  Cam biasa la aku kena la 'bukak' kaki luas-luas. BAca doa je la banyak-banyak. Tau memang sakit punyo. 

Aku leh rasa sampai ke pintu rahim tau! Sakitnya Allah aje yang tau. 

"Sabar ye Liza. Saya tau sakit. Tapi , kita kena tengok baby ni kat mana..." kata Dr. Sharipah , cuba menenangkan aku. 

"Berak ok tak?" Dia tanya lagi... Sambil tangan dia dok seluk - seluk. Tone suara dia macam orang tengah angkat berat tau. Huh, gilo. Takleh ke scan je? Haruske kena rasa dengan tangan? Aiyoo... Cemana aku nak jawab soalan orang ni dengan TANGAN DIA ADA DALAM SALURAN PERANAKKAN AKU?????




Tapi aku jawab gak selepas mengumpul napas.....

"DAH.. Ok je.." Memang ok je pun. Sebab hari sebelum tu misi taruk ubat berak kot bontot. Ngeee~ Tujuannya, takut terberak dalam 'perjuangan' melahirkan baby nanti. 

Sebaik je dia kuarkan tangan dia dari 'situ' aku nampak ada lendir darah. Dia cakap aku memang dah buleh sangat beranak tapi dia sniri tak sure apa masalahnya baby tak nak engage terus ke bawah. 

"Kita kasi beranak hari ni jugak ye! Dah lama awak kat spital ni. Risau saya. Saya bagi lagi ubat berak. Berak puas-puas. Minum banyak air. Air selusuh pun minum kalau ada. Pehtu, dah ready, masuk labour room ye.."  beritahu doktor tu.

Tak sure la aku apa perasaan aku masa tu. Nak suka ke, nak nangih ke... Tapi, at least ada harapan nak tengok baby aku. Cuma, aku tak sure dia nak induce ke hape.... Dalam pala otak aku pikir, kalau induce pun tak bukak, camne???? Patut awal-awal hari tu lagi induce.


Scan baby terakhir, 3 hari sebelum kelahirannya.


Aku sempat SMS Inche Kitchi gitau doktor paksa beranak hari ni jugak. Pastu, aku simpan henpon dalam laci, minum air banyak-banyak. Air selusuh aku memang takde. Ada air zam-zam je. Lepas berak sume (dah dia bagi ubat berak lagi) aku pi serah diri kat labour room. Ngeeeeee...~


"Ok..londeh kain. Bukak sume spender ngan baju dalam bla bla bla... Panjat ini katil.." kata Kak Intan, bidan bertugas hari tu. 


 Then baru ku ketahui yang diorang nak masukkan ubat. Aku lupa ubat apa namanya. Tapi, masuk ikut tangan je.



Bersambung le lagi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram