Followers

24 Jun 2011

Kisah Bersalin Aku: Akhirnya Najwan Lahir juga..

Boleh baca episod sebelumya di Entri 1, Entri 2, Entri 3 dan Entri 4




ini sambungannya...


Aku taktau kemana aku disorong. Yang aku rasakan ketika tu cuma contraction yang tak henti-henti. Aku tak nampak. Suma kabur je - rabun! Tapi, aku sedar diri ketika ditolak memasuki lif. dan kemudiannya lalu ke lobi utama tempat orang dok tunggu giliran nak jumpa doktor, kendian sampai ke satu tempat yang sunyi...macam ruang bawah tanah je gayanya. Sunyi  betul. Tak macam operation room yang selalu aku nengok kat tv tuh. Memang lain dari apa yang aku imagine sebelum ni. 

Semua orang pakai topeng idung. Aku cuma dengar suara je. Kemain lagi diorang ni bergurau-senda kat telinga aku. Sesekali aku tersengih. Tapi bila muncul contraction kembali, aku suruh diorang cepat sket jalan. Jangan sampai aku meneran suda....


Setibanya kat bilik bedah, aku dipersiapkan. Punya la laju diorang nih. Aku memang dah tak mampu gerak dah. Aku terkejung je atas katil troli tu. Diorang nak londeh pun londeh lah. Tapi, aku dipakaikan baju kaler hijau, pastu ada selimut warna cokelet kat atas. Diorang pakaikan aku cap, macam shower cap tu. Tapi sebab diorang bubuh salah, asek tanggal je, last skali aku boh sendiri cap tu bebetul. Hehhee..lambat sangat. 

Diorang membebel-bebel, order memacam macam order makanan kat warung - except menda yang diorang order tu bukan menda makan la. Aku dengar je. Then salah seorang daripada para-pada jemaah yang nak bedah aku tu tanya aku ..

"sapa sign ni?" sambil tunjuk satu borang.

"Saya..." kataku. Walaupun aku rabun, aku nampak gak la sesikit. 

Aku ditanya samada sudah makan. Bila kali terakhir aku makan... Aku cakap aku makan mihun goreng je last jam 7pagi tadi. Pastu, satu kuih cincin jam 12 tengahri. 

"ohh.. Kuih cincin tu tak kira..." kata sorang pompuan yang idungnya pun turut bertutup. 

Aku sengih.... Cam lawak laakk. Akak ni cam tau je aku makan kuih cincin. Ntah-ntah dia pun join makan sama tadi dalam labour room. 


Contraction makin rapat. Perut aku makin sakit. Aku mintak diorang segerakan. Aku ni dah pegang tangan sape ntah. Laki, aku rasa kulit dia gelap. Maybe India, tapi cakap melayu punya la faseh. Dia yang dok kat kepala aku. Aku rasa mau sakit tangan dia kena picit ngan aku sebab aku da tak daya nak cakap sakit. Sakit wooi!!!! Cepat sikit!!

"Ok Puan. Saya nak masukkan ubat ni. Kita cucuk sikit Puan punya spine..." 


Aku ok kan je. Bajet cucuk cam biasa la. Oh, bukan ropanya. Aku kena duduk, bongkokkan badan serapat mungkin sambil peluk bantal, leher ditekan kebawah sikit. Tujuan : nak menyerlahkan tulang-tulang belakang aku tu so senang dia nak cucuk. Dia kata cucuk tu sakit. Tapi maybe aku dah tak rasa sakit dek ubat tahan sakit awal tu, aku tak rasa pape. Bonos di situ.  Tetau je doktor tu cakap, DAH!


Tak sampai semenet lepas cucuk, aku dah tak rasa kaki dah. Takleh gerak. Oo... aku dibius separuh badan. Memang tak berdaya. Kalau time tu ada resakse datang menyerang, diorang lari tinggal aku je dalam bilik tu hepless sebab tak le lari. Mati la aku. Tu yang aku pikir masa dok telentang atas katil bedah. Yang aku tak pueh hati, apsal katil bedah tu tak macam katil? Kecik kemain. Ke aku yang beso? Tangan aku kena letak kat tempat lain plak. Terkedang gitu. Lenguh ketiak.


Aku tak nampak apa yang berlaku. Cuma rasa je bleh. Ada la rasa orang picit-picit perut aku, tapi aku tatau tang mana exactly dia picit. Ntah bila dia belah perut, aku siyes taktau. Aku rasa macam ada orang main lukih-lukih je atas perut nih. TApi, diorang ni tak brenti bercakap. Aku malas nak dengar. Aku pejam mata jekk... 

Tak lama je .. aku dengar bunyi...


"Ohhh..ohh....." cam cemas je. suara macam Dr. Sharipah. 

"Ok..cepat. Baby dah nak berak dah ni. Nasib baik la decide nak czer ..." sambung suara tu lagi.

Aku da risau dah. Apsal lak? Ada pape tak kena ke?


TApi, aku tak tanya dah bila aku dengar suara baby kemudiannya. 3 kali anak aku nangeh. Suara dia tersekat-sekat. Aku senyum. Alhamdulillah... AHHAHA.. Nasib baik mulut aku tak kebas, soh buleh la aku senyum dan cakap terima kasih kat suma orang. Ni perut belum habih jahit lagi ni!

Nampak mcm suma orang dalam bilik bedah tu happy. Diorang start sembang dan ngutuk sesama sendiri. AHHHAA.. Aku ngantuk. Nak tido. Tetiba rasa nak muntah. 


"Akak, saya nak muntah le rasa..." cakap ku perlahan.

"Hah, ok ok.. Jap... " akak misi tu bagi aku bekas, pastu menda sedut air liur. Aku try muntah tapi takleh. Perut aku cam keras je. Takde pressure. Tapi aku memang nak muntah! 

 "Oih... korang ni kasi la mak dia tengok baby dia.. Mana baby?" Jerit Dr. Sharipah. Pastu dia jengok aku yang tertutup penglihatan dari perut. 

 "Haliza, tahniah. Baby awak selamat. Tali pusat dia terbelit 2 kali. Tu pasal la tak engage.." beritahunya. 


Syukur sangat. Nasib kami memang baik. Aku berterima kasih sangat kat Dr. Sharipah walau bizi pun dia perform jugak operation untuk aku. Aku ingat doktor lain yang nak operate. Dia sambut kelahiran anak aku. PAsni, aku takleh kata dia garang lagi dah. HAHAHHAHA..mintak mahap ye. Buleh tak rasa cam nak kasi bunga kat beliau? Kalau dia takde, tatau la berapa lama lagi nak tunggu dalam wad bersalin tu. Sebab dia je buleh wat decision. 

"Puan, ni anak Puan. Ce tengok.... Laki ke pompuan?" sapa seorang mamat di sebelah telinga aku. Aku pun toleh. Oo.. nampak bebird cinonet. 

"Laki...."

Pehtu dia tunjuk muka baby lak.

"AAaa?? Putihnyaaaaa.... "kata ku dalam kekaguman. Tembun pipi, labuh. Tapi, memang putih. Lagi putih dari Oni. Camana leh jadi putih ni? 


 Pehtu aku teringat Oni. Yeyy!! Oni dah ada adik. Tak sabar nya nak tunjuk Adik kat Oni. Tapi dalam hati sedih sebab suami takde di sisi tunggu aku balik dari bilik bedah. Dia takleh azankan anak lelaki kami. Touching lagi...


 Dalam jam 4 gitu, aku ditolak masuk recovery room. Serta merta tubuh badan aku rasa sejukkkkkkkkkkk sangat. Apsal ek? Menggigil macam hape ntah. Nak mati da ke? Pehtu, mamat India yang aku suka sangat dok pegang tangan dia tu (dah dia je ado kat situ salu..) kasi aku sellimut panas, taruk satu lampu, ala-ala cam heater gitu. AHAHHA.. tetiba rasa aku adalah seekor ayam golek. Takpe janji aku tak gigil-gigil. Lama gak la aku tunggu situ. Ado sorang lagi patient kena bedah dari wad wanita, siap berdengkur lagi. Jenuh lak misi yang jaga dia tu kejut..

"KAK, OPERATION DAH HABEEHHH!!!!" 

tapi akak tu bantai berdengkur sampai aku naik susah hati takut dia mati tercekik. 

Sambil-sambil tu orang dari wad maternity datang jemput, aku borak-borak tanpa tujuan ngan si mamat India ni. Dia cakap besday aku sama bulan ngan besday bini dia. Pehtu, dia tanya pasal Oni... tanya pasal laki aku. Maybe dia taknak kasi aku tido kot. 

Tak lama pastu, ada akak dari maternity datang, so aku direlease dari bilik bedah. MAka disorongla aku pulang ke wad. Bila sampai, aku dah dengar suara anak aku nangeh. Punyolah deras! 

Aku dok keras atas katil , diorang angkat transfer katil sume. Aku sedar, cuma takleh gerak je. Ada gak try gerak ibujari.. konon-konon nak melawan gak la ubat bius tu kan, hahahahaha.. Takleh ! Memang tak gerak. Hu.. kagum jap. Maklumla, takpenah kena operate. Ciwi di situ. 


Da tu tetiba Kimi datang. Kimi kata tak de sapa pun tau aku kena operate. LAst skali diorang tau aku nak lari spital je. Kimi telepon Inche Kitchi gitau suma dah ok. Baby dah kuar. PAstu Kimi la jugak gitau Mak Abah aku yang dok tunggu kat Kuantan. Tak lama pastu, Kimi balik. Then datang pulak bawak Ayah Mertua aku. 

Kalau nak tau....


Kimi la yang azankan Najwan. Dia dia je yang ado. Kalau takde, aku memang nak suruh sapa-sapa tolong azankan je. Ayah mertua aku lak tolong tahnik kan Najwan dengan madu. 

Malam tu aku tido je. Aku rasa lama betul aku tido. Najwan aku tak pegang lansung. Masa lambat berlalu. Kaki aku tetap takleh gerak. Akak misi teruskan ubat penahan sakit, neobin. Cucuk kat peha. Aku disuruh rehat dan tido. Kepala pening....

Jam 6 pagi besoknya, baru aku jaga. Kaki aku dah buleh gerak sikit-sikit. 

Jam 8 pagi, aku mencuba sedaya upaya untuk bangun sebab Najwan dah ada kat sebelah. Ida Kurau datang kasi urut susu. Dia picit-picit sikit urat yang keras. Dah tak pasal Ida feymes kejap kat wad bersalin tuh.

Jam 10 pagi, aku dah bangun, duduk atas katil dengan rasa peritnya. Namun kugagahkan jugaaa... Misi kata kena gerak jugak, kalau tak sampai 3 hari dok sakit lagi. 

JAm 2 petang, tiub kencing dah cabut. Aku dah leh jalan gi jamban, tebongkok-bongkok. Tu pun aku tanya dulu tips nak bangun jalan lepas czer dari misi-misi yang ada experience.

Jam 5 petang, aku dah transfer masuk private room. Yeyy!! BUleh main remote katil balik. AHAHAHHAHA... 


Lepas czer memang menyakitkan. Tak besh lansung. Tapi, at least aku tak takut nak kencing. Bila darah bersalin tu nak turun, sakitnye memang meruntun jiwa. 



23 Jun 2011...

Aku dah buleh balik. Dr. Fazli check luka czer dan mendapati ia ok saja. Najwan pun takde kuning. Kol 10 pagi, Kimi dan Ayah Mertua aku datang jemput. Kimi signkan suma surat-surat yang perlu disign. Bagus lee.. Besok sapa jadi bini ko senang dah.. Adik aku dah well-trained ok. Pegang baby umo 1 hari pun dia terrer...


Bila aku sampai.....


Inilah yang terjadi kepada suami kesayangan aku...













Sabo aje lah!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram