Followers

29 Jun 2011

Kimi dah nak balik esok

Hari Ke-8 berpantang.


Tamat sudah sesi mengurut 3 hari berturut-turut. Badan aku terasa kuat. Dah boleh bangun tanpa rasa perit di tempat jahit. Belakang especially tempat epidural tu dah tak lenguh. Susu keluar regularly, setiap 3 jam aku pam. Rasa seronok pulak dapat mengepam susu dan bagi Najwan minum. Walaupun tak dapat breasfeed beliau, aku dah bersyukur sangat dah sebab Najwan dapat manfaat susu dari badan aku sendiri. Kuning dia pun dah takde.

Cuma aku rasa penat sikit bila selesai sesi urut hari ni. Ntah kenapa belakang aku tadi rasa berat, pehtu hari ni malas gila. Asyik mengantuk je. Selalu tu aku tido lepas Zohor. Sekali je. Ini aku tido lepas Zohor, pehtu bangun kejap susukan cuci berak Najwan, then aku tido lagi sampai jam 7 petang. Pelik....

Tapi, aku memang perlukan rehat pun. Nasib baik Umie (MIL)dah sampai. Umie nak dok lama katanya. Besh..besh... At least aku tak risau tentang makan minum Inche Kitchi lagi dah. Yang aku risau skang, bila Umie ada ialah makan minum aku. Sebab Umie masak sedap. Banyak jenis lak tuh. AHHAHAHAHa... jenuh la camni.

Memalam Najwan akan tido dengan Umie kat luar, dengan Inche Kitchi. Oni tido dalam bilik dengan aku. Payah sikit Oni nak berenggang ngan aku jadi aku kena lebihkan si kakak. Nanti dia terasa. Bukan tak mahu tidokan diorang ni sama-sama, tapi leceh. NAjwan memang bangun setiap 3 jam dan bila bangun dia menangis. Oni akan bangun bila terdengar adiknya nangih. Susah plak aku nak susukan NAjwan dan tenangkan Oni dalam masa yang sama. Kalau aku ni sihat dan kuat takpelah nak multitasking cenggitu. Ini aku pun tak sehat lagi.

Besok pagi Kimi dah nak balik Kuantan. Naik bas. Sedih ni........ Kalau ada dia takde la sunyi sangat kami. Dia dah tolong banyak sangat. Entah apa nak buat kalu tak ada bantuan dia. Oni plak cemana lah ye kalau Atehnya takde. Tapi, dia kena pergi jugak sebab nak siapkan diri untuk masuk Politeknik bulan depan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram