Followers

16 Jun 2011

Kesahnye...

Al-Kisah 1


Lain kali jangan pegi Tesco time lapar. Gitulah kata Illa Seman. Mana taknya, tujuan asal nak beli susu pehtu nak beli sushi buat jajan makan di rumah. Sekali gi beli segala frozen karipap, jajan... biskut surat cinta yang aku beli untuk Oni pun selesai kitorang bedal. Habih bayar kat konter, leh lah jalan gi booth makan beli egg tart ngan eskrim.


Masa dok sibuk membayar di konter, Illa jaga Oni yang bersenang-lenang dalam troli. Kesian Oni - tertimbus ngan barang-barang shopping. KEEKKE... Tetengah dok jalan tu ada la sekali merasa contraction selama 3 minit. Tapi, pehtu dah takde dah. Senyap gitu jek.


Dah hamik kad Tesco, aku pun angkat plastik nak masukkan dalam troli. Aku trpandang bawah - atas lantai.


Nampak air.


"Eh, air apo lak ni?" tanya aku, kuat le jugak. Aku raba-raba seluar. TAkde lak basah.

"Takkan air ketuban aku kot?"


Aku tanya Illa, sebab Illa tengah pregnant 7 bulan. Illa gelak, cakap bukan. Aku tengok adik ipar Illa pulak, dia pun ngandung sama lebih kurang Illa.. Pun bukan jugak. Nih air apa kat tetengah konter ni?


"OO.. tu air udang kastemer yang awal tadi tu kak...." kata adik yang jaga konter pembayaran tu.


HAHAHAHAHAHAAA... gelabah jap.




Al-Kisah 2

Lepas gi Tesco, kitoang gi makan kat McD. Semut Merah pun naj join lepas amik anak dia sekolah. Cun gak tu. Kang Oni leh main ngan Haziq kat playland tu. Ada geng.

Kitoang nak makan Grilled Chicken Burger. So, pakat le order sorang satu. Aku order McDeluxe untuk Apak Oni kang. Tapau je. Pehtu, order Lime Sundae. Padahal kat Tesco tadi dah makan eskrim satu cup. Ni lah gayanya kalau dah 3 orang mak buyung jalan sama-sama. Meja penuh ngan makanan je.

Oni main dengan gumbira.

"Layii!!...Layii!!!" Tu je yang aku dengar dalam playland tu sambil jerit-jerit. Sakan nampaknya anak aku berlari. Kalau dulu nak masuk gelongsor tu takut-takut, skang dah takyah tunggu depan terowong tu dah. Boleh berdikari main sendiri. Aku just duduk makan je.

Tetiba......



"GEDEGANGGGGGG!!!!!"


Oni melekat kat cermin tepi pintu keluar playland. Semua orang senyap. Sepi. Semut Merah suruh Haziq pujuk Oni.

"Cepat Haziq, pegang Oni!"


Oni dok terkebil-kebil. 5 saat pastu baru dia nangeh.

Nangeh terkejut, sambil pegang dahi.

"Mak, sakit..." katanya sambil sebek. Dia datang kat aku sendiri sambil Haziq pegang dia. Muka Haziq pun cam gelabah dah.

Aku dok tahan gelak dalam hati. Punya la laju anak aku lari. Bayangkan la betapa kuatnya momentum dia bila langgar cermin tuh! Hadohhhaiii... Oni..Oni.

Oni aku riba, tanya kat mana sakit.

"Sini...." sambil tunjuk kat dahi dia. Ado merah sikit. Dah tu aku jampi-jampi.

"Bismilliahiraahmanirahim.....PUHHHH!!!!" terus tiup kat tempat yang dia cakap sakit tu. Oni gelak , suka!

Ah.. tak sakit dah kot?

Pehtu, dia lari sambung balik main gelongsor. Lerrr.......

Kalau nangeh tak sampai 3 saat, nada suara pun cam rendah je, maknanya tak sakit le tu.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram