Followers

6 Jun 2011

Kenapa Isteri perlu tahu memasak?



Kalau ko ada diploma, degree, Master or even PHD takkan ko lansung tak teringin nak berumahtangga? Wahai perempuan, jangan menafikan fitrah kerana rasa  tinggi diri dan bongkak. Setinggi mana belajar, setebal mana beg duit dan sekebal mana iman kamu, kamu tetap wanita yang dambakan kasih sayang seorang suami. Memang le buleh dapatkan kasih sayang kat memana lelaki pun..lelaki skang pun banyak gak yang menunggu pompuan banyak duit, keja beso mengorat dema. Jangan taktau. Tapi, secara fitrahnya, kita pasti mahu yang HALAL. Barulah diberkati kehidupan. 


Isunya...


Wajarkah letak harga hantaran dan maskawin yang mahal kalao ko ada segulung ijazah, atau bergulung-gulung kelulusan?

Maybe ko buleh letak ijazah ko ateh meja makan, kasi laki ko makan pasni. KAn kan kan?

Berbaloi ke letak harga sebegitu mahal hanya kerana nak tumbangkan lembu , dirikan khemah kenduri, bunga telur, goodie bag segala, kendian bila hidup bersama, isteri kamu yang berkelulusan tinggi , cantik rupawan tidak pandai memasak? Goreng telur pun nangih sebab kena percikan minyak. Caner?

Dan kita belum tahu, kita ini subur ke tidak sehinggalah masuk tahun ketiga kahwin. MAskawin dan hantaran sambai 24k, sekali terbukti si isteri itu tidak mampu melahirkan? Oppss... Ini isu sensetif. Tapi, para IBU BAPA yang ada anak perempuan, sila pikirkan sama masa nak letak hantaran pada anak ye. Tak rugi merendah diri. 


Kenapa pentingnya ilmu masak-memasak dalam rumahtangga? 

Tadi aku tengok Wanita HAri Ini... 

Masakan BIbik atau Masakan Ibu?


Skang, ramai dah wanita bekerjaya. AKu sendiri pun bekerjaya. Biasalah tu kalau sesekali makan di kedai. NAk makan hari-hari kat kedai pun takpe.
Si suami memang angguk je, tapi dalam hati dia musti mahu merasa air tangan isteri. TAu tak, masakan isteri inilah yang menghangatkan suasana rumahtangga? Air tangan isteri ni banyak kuasanya. Ini pendapat aku. Air tangan isterilah yang menghalang suami melakukan dosa di luar. Doa dan selawat dengan hati yg ikhlas ketika isteri memasak, tumpah ke nasi dan lauk yang kendiannya dijamah suami dan anak-anak. Itulah makanan terbaik dari syurga. Masakan isteri dan ibu. 
Ada suami yang secara tak sengaja compare masakan isteri dengan masakan ibunya. Perghhh.. walaupun memang terasa kekadang, tapi hakikatnya kita sebagai isteri takleh marah suami sebab masakan ibu memang sangat DASYAT penangannya. Jika mahu anak-anak kita ingat pada kita sampai bila-bila, masaklah untuk diorang. 

Bagi yang tak pandai masak, ambil masa untuk belajar. Jangan mengelat. Jangan asyik menyalahkan suami tak nak makan, atau banyak komplen. Itu adalah 'hukuman' kecil bagi anda sebab lambat sangat belajar memasak. Jangan cuba mempositifkan isu 'wanita tak pandai masak' dan menidakkan realiti. Dah berapa banyak realiti aku tengok pompuan yang tak reti masak ended up merana hati dan jiwa sebab suami akhirnya asyik melekat kat umah mak dia, and lebih teruk, dia gi cari bini baru - dan bini baru dia tu keja tukang masak, memang pandai masak. 
Lelaki, kuncinya memang di perut dan bawah sikit dari perut. Heheheee... Kalau tak pandai jaga, silalah lambai-lambai kepada diri anda di hadapan cermin. 
ak salahkan suami? 
Takleh beb. Bila masuk bab masak, kalu tak reti, kita memang kalah teruk bila diajak debate sekalipun. 


Even ada bibik skalipun, dia pandai masak, sesekali si isteri perlu memasak untuk suami.
PAling takpun, jamu lah air setiap hari. Janji ada hasil tangan yang masuk dalam perut suami kita. Bagi aku secara personal, masakan isteri ni ada macam TRADEMARK di hati suami. Ada lauk yang dimasak isteri yang suami suka, suami akan ingat kemana saja. Walau dia makan kat kedai sekalipun.

"Ohh... bini aku bila masak gulai daging, memang susah nak cari lawannya. Sedap..." Itu antara ayat contoh. 

Kalau anda tak reti masak, camana suami anda nak kenang anda? Takkan pulak bab atas katil yang dia nak ceritakan pada kengkawannya?

Contoh paling simple, mak aku sendiri. 

Bila cakap bab Mak ni, kita akan selalu ingat MAK tatkala berjauhan. Air tangan Mak tu kekal rasanya di sanubari. Time RAYA la paling nyata, betul tak? JAdi, tak inginkah kita jadi seperti MAk kita? Ataupun, buleh bayangkan tak camana rasa kalau Mak kita tak reti masak? On what ground should we remember her kalau bukan bab masakannya? Betul?

Bila raya, SAMPRIT Mak yang aku ingat. Rendang pedas Mak adalah yang terunggul. Even aku pregnant, masakan MAk penting dan perlu masuk dalam perut aku. Anak-anak aku bertuah, buleh merasa air tangan Tok diorang lagi. 

Dan, beridolakan Mak lah aku cuba jadi pandai masak. Aku mungkin tak reti wat samprit lagi, tapi aku masih belajar. Paling koman, lauk-lauk penting untuk dijamah suami dan anak, aku buleh sediakan. Satu hari nanti, aku nak suami dan anak-anak aku kenang aku menerusi masakan yang aku hidangkan pada mereka, dengan air tangan aku sendiri - bukan dari Kedai Cik Milah Janda ataupun restoren Silaturrahim. 

JAdi, bagi yang dah kawin tapi tak reti masak, beringat. MASAKAN lah yang mengeratkan hubungan keluarga. Yang belum kawin, persiapkan diri dengan ilmu. Jangan guna alasan sibuk belajar mengejar ijazah je. Suma tu takleh pakai kat dapo besok. Tak salah pun kalau kita pandai macam-macam, kan? Masak bukan hobi ok. Ia adalah satu keperluan! Especially bila zaman skang ni terlalu banyak sangat menda syubhah di jual di pasaran.

Maaf kalau aku salah cakap. Aku ni memang pandai bab bebel-bebel ni. Ingat nak bebel sikit je tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram