Followers

14 Jun 2011

Kemanakah seharusnya tenaga berlebihan Oni disalurkan?


Sebalik sekembalinya aku ke rumah, perkara pertama yang aku buat ialah kemas dapo. Nasib baik la Inche Kitchi udah buang sampah, clearkan sinki. Tu yang penting. 
Tapi, periuk belanga berisi gulai-of-the-past tak berbasoh la kan. Aku kemas meja makan. Pastu kutip suma barang-barang atas lantai. Tak sampai setengah jam, aku dah letih dah. 

Pehtu aku soh Inche Kitchi mandikan Oni. Tak larat da. Nak bongkok-bongkok lagi. Idak sanggup da aku. 


Pastu, Inche Kitchi bawak Oni gi kedai beli nasik ayam. 
Tu yang sempat aku berblogging satu entri. 

Skang, aku nak tanya...

Oni ni tak tenaganya tak habih-habih. Dia cuma brenti buat sebarang aktiviti bila dia tido je. Selagi dia tak tido, memang asyik melompat dan berlari semedang. Nak kata aku bagi dia makan gula banyak, aku rasa biasa je. Idak pun aku bagi dia cekelet. 
Paling hebat pun, air teh ais ke...milo ke.. tu pun apa yang aku minum, dia cilok sikit. Takde la aku bagi segelas teh ais kat dio. Nasik tu biasa, tapi tak makan banyak. Dan aku memang tak kasi Oni makan sweets and candies. Nanti tangan bergetah. Eskrim pun dapat makan 2 minggu skali je. 


Jadi mana dia dapat suma energy tu?


Dan skang aku terpikir....




Aku nak satu roda yang cam hamster tu, suruh Oni lari atas tuh je. Dah dia suka lari. Sambil lari, roda tu pusing kan? Haaa... roda tu buleh jadi turbine janakuasa letrik kat umah aku. Tak pun jana kuasa air ke..kuasa solar ke *ini idea ibu kejam


Takpun buleh reka satu mesin threadmill yang buleh Oni lari ateh tu, link kan dengan mesin basuh pinggan? 

BUuleh kot kan? 
Sapa takde idea nak buat rekacipta? 
Nih aku dah bagi idea ni. 
Khas untuk anak-anak yang hyperactive.
Bukan nak menganiaya atau mengeksploitasi, tapi kan kalau dah anak tu lari keliling umah sampai langgar segala menda , tak ketahuan hala, baik kita bagi dia lari bersebab kan? 
Kita pon untung sikit. Lagipun, letrik mahal skang.


Buleh bayang Oni lari atas threadmill sambil jerit "layi!!!! layiii!!!" 


Amacam Oni? Setuju tak cadangan Ibu ni?
Besok kita sign MOU ek.




Aku dah re-packing beg bersalin. Dah siap! TAruk kat tempat buleh capai. So, seminggu ni adalah masa stenbai. Korang pun stenbai gak ek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram