Followers

11 Jun 2011

Kelab Taat Suami - besh ke?



Isteri dikhuatiri dipaksa patuh demi kepentingan peribadi: Mashitah



KOTA BHARU: Orang ramai perlu menghalusi asas penubuhan Kelab Taat Suami diwujudkan kalangan isteri berpoligami daripada Global Ikhwan Sdn Bhd yang dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam.
Lebih membimbangkan, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, istilah taat itu boleh disalahertikan sehinggakan isteri dipaksa patuh kepada suami demi kepentingan peribadi, termasuk keinginannya berkahwin ramai.

Isteri dikhuatiri dipaksa patuh demi kepentingan peribadi: Mashitah




KOTA BHARU: Orang ramai perlu menghalusi asas penubuhan Kelab Taat Suami diwujudkan kalangan isteri berpoligami daripada Global Ikhwan Sdn Bhd yang dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam.
Lebih membimbangkan, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, istilah taat itu boleh disalahertikan sehinggakan isteri dipaksa patuh kepada suami demi kepentingan peribadi, termasuk keinginannya berkahwin ramai.

“Saya tidak menentang poligami sebab itu hukum Allah tetapi perlu dibuat mengikut lunas ditetapkan agama. Kita kena lihat siapa ambil inisiatif gerakkan kelab ini dan asal usulnya yang memang isteri poligami daripada Global Ikhwan iaitu kumpulan Arqam terdahulu yang mengumpulkan isteri supaya taat.

“Kenyataan mereka lebih kepada tujuan ajak orang masuk kelab...hari ini dia kata wanita perlu pakai seksi (depan suami), dulu kata wanita perlu layan suami seperti pelacur. Saya pun tak faham jika ada wanita yang berstoking dan tudung labuh di rumah sebab di rumahlah wanita berpakaian yang terbaik.

“Saya bimbang istilah taat itu disalahertikan...nanti suami minta isteri pinangkan isteri nombor dua. Kalau tidak, nanti tak taat, kalau tak kahwin lagi satu nanti jadi maksiat,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu Ke-10 2011 di Dewan Sekolah Menengah Tanjung Chat, di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan kenyataan Presiden Kelab Taat Suami Malaysia, Fauziah Ariffin, semalam yang mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi yang juga cara terbaik memberi layanan kepada suami. Sebelum ini, kenyataan Naib Presidennya, Dr Rohaya Mohamed, mengingatkan isteri supaya melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Dr Mashitah yang mahu Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab itu.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, pelbagai pihak mahukan kerajaan memantau kelab itu dan kenyataan pemimpinnya bagi mengelak perkembangan ajaran dan fahaman sesat berikutan kelab itu diasaskan bekas pengikut al-Arqam.

Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fadhlina Siddiq, berkata ketiadaan pemantauan oleh kerajaan memberi peluang kepada pihak tertentu mengembangkan ajaran dan fahaman sesat di negara ini.

Beliau sendiri yang turut ditawarkan keahlian Kelab Taat Suami berkata, tidak sewajarnya institusi perkahwinan disamakan dengan perkhidmatan seks pelacur.

“Tidak selayaknya pelacur disamakan tarafnya dengan seorang isteri dan ketaatan seorang isteri tidak seharusnya diukur kemampuan seksnya kepada suami,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



Makbed berkata:

Hmm... Maybe Naib Presiden yang berkata-kata QUOTE: melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' itu pernah menjadi pelacur. She knew better. 

Pendapat aku, kalau si suami tu nak berpoligami ke, berpoliteknik ke, lantak pi la kat dia. 
Yang pi buat kelab tu pejadah? 
Ingat ni sekolah ke? Kelab Chess? Kelab Sains Sosial. 
Untuk apa penubuhan kelab tu? Kelab Taat Suami? 
Nak taat suami takyah join kelab la. 


Agaknya kelab tu ditubuhkan sebagai satu medium penyaluran ilmu cecara menjadi isteri terbaik selain dari belajar melayan suami ala-ala 'pelacur kelas atasan'. TET!
Yela, ilmu camtu mana ada belajar kat skolah ye dak.
BUt, sampai gitu skali ke dungu nye? 


Taat seorang isteri tu hanya diperakui suaminya. Orang lain tak nampak. Ada orang nampak cam taat je depan-depan, dalam umah  dia debik laki dia. Kat luar pakai tudung, tutup aurat, tapi belakang ada simpan lelaki lain. 
Tapi, meletakkan level layanan seorang isteri perlu setanding atau lebih dari 'pelacur kelas pertama' adalah statement tervongoks sekali yang pernah aku dengar selama aku hidup ni.
Kalau betul diutarakan oleh si wanita yang berpendidikan itu, aku sungguh kesian kat mak dia yang melahirkannya. 

Nak ingatkan : Wanita bergelar isteri dan Ibu sangat dimuliakan dalam Al-Quran. 


Yang peliknya, wanita sendiri yang meletakkan diri dalam keadaan / level / anggapan seperti itu. Sedangkan buleh je kita sebut dengan cara yang lebih cantik dan anggun instead of 'layanan seperti pelacur kelas pertama' tuh. Sudah le wanita sedia-sedia dieksploitasi oleh lelaki sejak zaman batu lagi. 
Kita marah kalau lelaki merendah-rendahkan diri dan maruah kita. 
Tapi, dalam kes ni, perempuan sendiri yang meletakkan maruah di kaki lima kot? 


Agak-agak , suami si yang berkata-kata tu bangga kot isteri dia bagi layanan seperti 'pelacur kelas pertama'? Aiyakk... mana suami dia tau pasal layanan pelacur kelas pertama ni? TETTTT lagii!

Fikir guna akal, bukan guna buku lali.


Kelab Bini Obesiti ado?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram