Followers

12 Jun 2011

Kalah pun dapat Cuti Peristiwa okeh





KOTA BAHARU: Kelantan mengisytiharkan hari ini sebagai Cuti Peristiwa sempena perlawanan akhir Piala FA di antara pasukan negeri ini dan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Ini kali ketiga berturut-turut Kelantan mengisytiharkan Cuti Peristiwa selepas kali pertama muncul Naib Johan Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 2009 dan membawa pulang piala sama menewaskan Selangor, tahun lalu.
Pengumuman dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias bagi menjaga keselamatan dan memberi peluang kepada penyokong bola sepak negeri itu pulang dengan selesa selepas perlawanan berprestij berkenaan, selain meraikan semangat kesukanan penyokong Kelantan.


Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (PETEH) berjanji memberi imbuhan RM1,000 kepada setiap pemain andai berjaya menjadi juara Piala FA musim ini.

Setiausahanya, Wan Mohd Azmi Wan Ngah, berkata kelab itu akan turut mengadakan jamuan besar-besaran jika Terengganu berjaya mengalahkan Kelantan.

Bercakap kepada BERNAMA, beliau berkata, langkah itu sebagai suntikan semangat kepada pemain supaya berjuang habis-habisan dan Kelab PETEH turut menempah tujuh bas membawa penyokong dan ahli kelab ke Bukit Jalil.


Makbed berkata:
Dapat number 2 pun cuti peristiwa. Kalau menang, sure cuti peristiwa selama 2 hari kan? Bila Perak nak menang ni? Aku nak cuti peristiwa jugak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram