Followers

15 Jun 2011

Induce? Apakah itu induce?



Induce ni adalah salah satu method untuk bersalin. Nih ikut term Makbed la ye. Kang aku bagi explanation secara saintifik kang susah plak kome nak paham. Syarat nak bersalin , mesti kena ada contraction, betul? Tapi, kalau takde contraction camna?

So, induce ni lah salah satu cara untuk mestimulasikan contraction.

Situasi yang cemanakah yang melayakkan seseorang itu diinduce?


  1.  Mengandung lebih hari dari due date. Bila pakar mendapati kandungan anda dah cukup matang dan tak boleh nak tunggu labour secara semulajadi, maka masa tu korang akan diinduce. Uri ni sbenonye ada expired date. Bila uri dah cukup matang, ia dah tak boleh nak supply food untuk baby. So, sepatutnya baby dah buleh keluar, tapi dia takmo kuar. Demi menyelamatkan baby, induce adalah perlu. 
  2. Baby agak besar. Bila doktor scan dia cakap baby awak ni besar. Jadi untuk mengelakkan anda kena c-sect , atau pun kalau nak tunggu due date sebeno baby anda akan jadi lebey besar yg boleh menyebabkan kecederaan di bahagian 'itu' semasa proses kelahiran, maka anda akan dipaksa bersalin awal sikit, dan di situlah induce diperlukan. 
  3. Air ketuban sudah pecah, tapi takde contraction. Induce diperlukan bagi mempercepatkan kelahiran bagi mengurangkan risiko bayi kekurangan oksigen. Tapi kalau tak cukup bulan, rasaya kena c-sect terus.
  4. Pemeriksaan mengandung mendapati air ketuban kurang , uri pun dah tak berapa nak berfungsi dan baby pun cam dah tak berapa nak bergerak dah. So, baby perlu dikeluarkan segera. 
  5. Preeclampsia ..sejenis penyakit masa mengandung yang serius yang boleh menghalang bekalan darah sampai kepada baby dan buleh memudaratkan anda skali. 
  6. Ada kencing manis atau darah tinggi atau apa-apa penyakit berbahaya yang memerlukan baby dilahirkan segera. 

Kalau sapa yang gi checkup kat spital swasta, ada yang boleh request nak induce. Ni selalu tengok kes la. Ada yang tak sanggup dah nak nunggu due date 40 minggu. 38 minggu je terus mintak nak beranak. Tapi, baby haruslah matang sepenuhnya baru layak untuk diinduce. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram