Followers

15 Jun 2011

Hinakah pelacur itu? Jijik ke?



Sila klik untuk tumbesaran sihat gambarajah ini


Isu Kelab Taat Suami ni tak sudah-sudah, kan. Anyway Makbed ucapkan terima kasih atas feedback yang diterima menerusi tulisan aku tempoh hari. Banyak gak komen dari anonimes and semuanya aku publish je kat situ. Sapa nak baca buleh klik kat entri ITU ya.


Menjawab soalan SALAH KTS BUAT PERUMPAAN dengan kehebatan taatnya isteri dengan pelacur 1st class.

Bagi Makbed, personally, kita buleh buat perumpaan apa pun.
Ikut suka hati kita lah. 
Kalau dah time kta nak buat perumpaan tu kita teringat kat PELACUR, maka PELACUR lah yang keluar. Kalau time tu kita teringat kat Kim KArdashian, Kim Kardashian lah yang keluar.
Salah atau tak, tidak lah sampai menyamakan diri atau layanan isteri sama ngan pelacur 1st class tu boleh membawa seseorang ke pintu neraka jahanam. 
Itu cumalah perumpamaan. 
Diulang: PERUMPAMAAN. 
Pokok nya di sini, kalau tak taat suami YANG TU LA YANG MENYEBABKAN kita ke neraka. 
Jadi, suko ati lah nak layan laki kome camana pun.
Nak layan versi pelacur 1st class ke, kelas vip ke, kelas ekonomi ke , kelas sains tulen ke, ado ke orang sebelah umah nak amek kesah? 
Tu suma antara kita dengan Allah dan suami kita. 

Namun seeloknya, molekkan la perumpamaan tu.
Betul, pelacur bukannya hina sangat. Pelacur tu just a NAME kita panggil untuk orang yang melacurkan diri. Sebab dia melacurkan diri kita taktau.
Seberdosa macam mana pun manusia, andai dia bertaubat, Allah akan ampunkan. Yang kita ni pulak, bajet macam tak buat dosa, pehtu sampai ke sudah tak de terasa nak tobat. 
Makbed personally tidak menghina pelacur. Bukan sifat aku judge orang teruk-teruk. 
Cuma, agak frust kenapa musti kena taruk perumpaan sebegitu sedangkan ado lagi kot yang lebih besh. 


Contohnya....

"Layan suami macam mana Siti Aishah layan Nabi.." 



Haa.. cenggitu le lebih kurang contohnya. 

Jadi kita kaji balik la camana isteri Rasullah layan asben dia. 

TApi, Makbed paham. Orang zaman sekarang mungkin tak de amik tahu sirah nabi , isteri-isteri nabi dah. Orang dah taktau siapa isteri-isteri Rasul. Diorang cuma tahun Nabi kawin banyak, tapi nama isteri-isteri nabi tahu ke? 
Tak... 
Orang taktau siapa Zainab binti Khuzaimah. 
Tapi nak kawin banyak ikut sunah nabi. 
Berapa exactly jumlah isteri nabi pun tatau, lagi mo kawin banyak ikut sunah nabi.
Hanya kenal isteri pertama Nabi, Siti Khadijah binti Khuwailid tapi tak amik contoh camana hebatnya layanan Siti Khadijah pada Nabi junjungan kita sampai namanya terpahat di hati Rasulallah sampai ke mati. 
But yet, kita menggunakan 'pelacur kelas pertama' sebagai contoh layanan terbaik bukti taatnya kita pada suami.

Jadi, diorang ni amik contoh 'pelacur kelas pertama' buat perumpamaan sebab suma orang tahu pelacur tu sapa. 
Lagipun, senang nak dapat attention orang ramai.
Tak gitu?


So.... paham tak apa aku cakap neh?





AMARAN KERAS:
Entri ini tidak ada kena mengena ngan isu politik, isu Al-Arqam atau isu puak berhaluan kiri dan lain-lain berkaitan. Ini cuma entri tentang diri kita sendiri sebagai manusia yang takat iman dan takwanya tidak sama antara satu sama lain. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram