Followers

11 Jun 2011

Happy Belated Birthday, Abah

Patutnya aku wat entri ni semalam lagi tapi kepala tak berapa nak betul. 





Sambutan besday Abah bebaru ni bertemakan majlis kahwin Angah



SELAMAT HARI LAHIR BUAT ABAH. 

Tahun ni Abah genap 51 tahun. Muda lagi kan Abah aku? Dah ada 2 orang menantu. Cucu nak masuk 2 suda. Bertuahlah Abah sebab sudah bercucu di kala tubuh badan masih sihat dan kuat gini. Buleh la main kejar-kejar dengan cucu. Kalau dapat cucu macam Oni, stamina kena lebih. Penat wooo!


Kak Liza mintak maaf sebab tak bleh tunggu lama untuk selebret besday Abah lepas habih majlis kenduri Angah tu. Ada check perut plak. Pehtu buleh tak aku lupa SMS , wish hepo besday kat dia? HAdiah pun tak de. Sungguh tak patut. 

Buat Abah, sampai skang Akak taktau hadiah apa nak bagi Abah. Betol!! 
Teringin nak buat something untuk meraikan Abah, tapi belum berkesempatan lagi. Akak tau Abah tak kisah pun kalau anak-anak Abah tak bagi hadiah. In fact, kalau kitorang bagi pun, Abah musti berletiaq. Suruh simpan duit..JAngan dok membazir. 

Semoga Abah gembira di kelilingi orang yang menyayangi beliau. Yang besh sangat pasal Abah ialah, bila bab MAKAN, sebut je la apa pun Abah akan tunaikan. Aku tak ngandung pun, Abah memang akan usahakan jugak. Kalau ngandung camni, lagi la. Masa pregnantkan Oni dulu, aku salu dapat makan daging kijang. Orang lain mengongoi nak daging kijang, aku lak tak yah ngongoi. Ado je daging tu dalam peti es. Orang kata daging kijang tu makanan eksotik, tapi tidak bagi aku ketika itu. 

So, bila balik kampung, jumpa Abah korang buleh expect ape yang aku akan SENTIASA buat kat sana. Pe lagi..... MAKAN laaaa. Huhuhuhuu... 


Happy Birthday Abah. Kami sayang Abah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram