Followers

5 Jun 2011

[ENTRI PUKAL] Selamat Kahwin, Angah

Pengantin perempuan tidak digalakkan pakai tudung awning untuk mengelakkan suami anda cedera di mulut ketika aksi cium dahi. Pakai la tudung syria ke... Shawl ke..hehhee.


Tahniah buat adik aku , Apis Jalil kerana selamat mengubah status daripada menjadi bujang kepada suami orang. Maka, selepas ini takde dah lagi makan megi kat umah ataupun tapau makan luar untuk perut sendiri jek ekk.. Ingat sama kamu sudah ado bini. Kalau bini malas masak, tolonng tapau makanan untuk dia skali. Aku ade gambo cium dahi je sebab gambo lain kena cilok kat kamera org. Abah aku pun tak upload agi gambo kat fesbuk sebab dah takde tenet kat Sik. Lagipun, suma orang bizi dengan persiapan majlis sambut menantu hari Rabu ni. 

Aku balik kejap ke Lumut hari ni. Baru je sampai. Tu pasai la leh hapdet. Esok tengah malam aku gerak ngan balik Sik balik. 




Kilah, Oni, Pidah dan Linda beraksi dengan duit sumbangan mangsa banjir ehh?


Majlis akad nikah berlansung pada Jumaat, 3 June, sebaik sahaja selesai solat Asar. BUat kat Masjid Zahir, Alor Setar. Gambo kat ateh ni adalah orang-orang KUAT majlis. Datang awal sejak hari Khamis dan duduk umah tolong family aku sampai la habih kenduri Rabu ni. Nak harap aku? AHHAHA... jalan pun kena kengkang suda. Berpeluh-peluh aku sepanjang majlis akad nikah Angah. Penat ngejar Auni lagi. NAsib baik la ramai 'kakitangan' yang buleh tolong kejarkan. Kewujudan aku sepanjang masa ni adalah sebagai penonton dan tukang makan sahaja. Tidak lebih dari itu. Kerja-kerja umah? BAsuh pinggan pun aku tak wat. MAndikan Oni pun Linda yang uruskan. HEHEHEHHEE.. Tak sampai hati kot nak kerah aku wat papepun.



Cam biasa la.. Walau kat mana pun, dunia ini tetap Oni yg punya.

PAtutnya time sarat cenggini aku dok umah. BAnyakkan tido. Tapi, yang ni aku berjalan. Tak brenti. JALANNNNNNN je. Berenti la kejap sebab nak pi toilet. 
Lepas habih akad nikah tu, kitorang gi berjimba kat Tesco Mergong lak makan popia, laksa dan segala macam makanan kat situ. Buleh mati kekenyangan kalu duk situ lama-lama. Suma sedap!
Dah habih makan, kuar Tesco hari dah malam dah. Alang ngan Kimi naik keta ngan aku. 
TAu pi mana pastu?


Pi tapau nasik lemak 6 kupang pulakkkkk!! Sampai 20 bungkus. Heeee.... Aku pun tatau mana nak sumbat lagi makanan. Ada ruang ke lagi?
Adaa...

Balik Sik dari Alor Setar memakan masa sejam setengah. Cukup untuk menghadamkan 30 persen makanan dalam usus aku. Sampai tu terus makan. BUleh 5 bungkus kat aku jek. Muahahahahahaha...
Abah aku sampai soh aku brenti. Dia risau aku tercekik je. 
Adesshh.... 
Nasik lemak tu kecik sangat. Lagi kecik dari tapak tangan aku. MAna cukup makan satu?


Besoknya....



Kami bangun bersiap-siap untuk majlis di rumah pihak perempuan. MAcam biasa la Mak kena kejut si pengantin laki tu soh bangun, siap beg. 


"Oih, siap beg la. Hang nak kena tidoq umah family bini hang. JAngan lupa baju, kain pelikat, spender, bla bla bla bla...... Haa..nanti jangan buat-buat tak mangkit smayang Subuh plak. Pak mentua ang tu dah la orang kuat masjid. Bla bla bla... pok pek... " Mak bagi taklimat pagi kat pengantin. Aku pun tumpang tambah semangkuk. 


Nih nak pakai baju gapo lak ni?
Hadehh.... Menci betui la. Tau dah , pakai baju hape pun aku tetap tak nampak cun punyo. Lagi plak, bagi baju kurung apa fesyen pun, bila orang tengok kaki aku sarung slipa asadi beso.
Pehtu, jalan kengkang macam penguin. Huuk! Sedeynye. Tak glamer sungguh kakak Apis Jalil ni. 

Takleh jadi ni. Aku harus memikirkan sesuatu supaya aku turut sama glamer dalam majlis. 


Tak daya gak. On the way dari Sik ke Alor Setar, aku dah berpeluh. Keta panas betui. Dah la pakai baju hitam. Tu pun aku bawak baju spare. PErasaan nak terkencing tu memang salu ada la. Oni pulak dok meruntun je perut aku. HAih..haih!! Mekap aku cair kot di tengahari itu. Rupanya, gas ekon keta dah habih. 
Sadis!!! 
Tengahri ni weh. Mana buleh takde ekon!
Waaaaaa,,, rasa cam nak wat belly dancing kat tengah-tengah jalan je. 


Sesampainya rombongan kami ke tempat kejadian kenduri pihak perempuan, iaitu di Dewan SK Sungai Korok Lama, aku dah lap-lap muka yg dibasahi peluh ibu mengandung. Rimas dah. Melekit segala tempat. Oni dah peluh-peluh dah. 
Tapi takpe. Makan dulu. 

Aku jumpa cikgu-cikgu sekolah rendah aku dulu la plak. Cikgu Razali, Cikgu Zubir, Cikgu Fatimah, Cikgu Zaiton Ahmad .. aaa.. Cikgu Faridah pun ado jumpa. YAng tak menahan takde sorang pun cikgu-cikgu yang jumpo aku tu tak terbeliak bijik mata bila nengok aku. 

"Ho... apa dah jadi ngan hang ni....?" tanya Cikgu Razali masa aku salam tangan dia. Dengan erti kata lain soklan tu bermaksud 'awat hang gemok sangat? Dulu hang kecik jaa...'


 "Jadi paa cikgu... saya kena buatan orang..." heheheeee, jawapan musti kena hensem, walaupun muka berminyak.


 Tetiba Mak panggil aku pi duduk kat meja pengantin. Waaa..kena makan beradap. 
Masalahnya, kerusi kat meja makan tu suma dah ado orang. Mana lak aku nak kena duduk? 
Abah tak mo duduk kat situ, maka dia soh Inche Kitchi ganti tempat beliau. Mak soh aku duduk jugak kat meja tu sebab aku ibu ngandung, kena makan spesel. Heee..disebabkan kusi dah tak de disediakan lagi , maka aku pun tarik soh sniri la duduk kat meja tu.
Oni lak Tok Wan jaga. Beshh..buleh makan.


Aku balik awal sikit sebab nak pi cari bengkel untuk repair ekon yang takde gas tuh.
Alhamdulillah, ada.
Pepaham je la hari tu hari Sabtu. Kalu kat Kedah, Sabtu tu cuti le. Manyak kedai tutup. Tapi ada satu kedai kat Jalan Putra bukak.
LEgaaa.... 
Aku mengamik kesempatan salin baju kat kedai tu. Wah, tak mo dah pakai baju kurung. Sendat perut. Tak leh menyawa! 
Aku pakai baju muslimah ngan suar getah kaler itam. Tu je la baju paling sedap pun.
LEpas dah repair suma, kitorang 3 beranak pun bergerak balik.SInggah jap beli air kelapa. Memula aku nak beli air nira, tapi takut la nak minum. Even aku teringin sangat nak jamah, akku tetap tak berani. So, air kelapa je la masuk tekak. 
Tetiba, Oni wat muka 'cun' lak. Dok meneran..... Padan la, sejak balik kampung dia tak berry... 
Dia ni memang camni. KAlau bawak jalan je, saluran usus besar lambat beroperasi. 3 hari bertangguh. 
Hah, dah hari tu plak dia bercadang nak buang hasil kumbahan. 
Takpe lah Nak... 
Aku ajak Inche Kitchi singgah Petronas jap basuh berak Oni. 


Elok-elok selesai suma, hujan lebat pun turun. NAseb bek ekon dah baik. Buleh tutup tingkap. KAn? 


Tau tak hampir kesemua perjalanan aku di dalam kereta, aku cuma tido je?
Sesungguh tak de posisi tido yg paling sedap ketika ini melainkan atas kerusi kereta.
Even di umah Mak aku diberikan ekon sebijik dan bilik khas untuk aku anak beranak which actually biliik tu ialah bilik pengantin... aku tetap takleh lelap. Aku takleh baring pun!
So, tido aku tidak mencukupi. Dalam kereta je aku leh berdengkur.
PErut aku tak sakit kalau duduk. 

Sesampainya di Sik, Oni tido. Aku baru je baringkan ONi atas katil, kazen-kazen aku lak tetiba..

"JOM, piknik kat Lata Mengkuang!"

Masa tu dah kol 6 petang kot. Tapi takpe.... Lata Mengkuang sangat dekat ngan umah aku. Kejap je.. Oni pun da bangun da. So, berjimba kat Lata Mengkuang la plakk! KAsi sejuk badan yg panas....


Haa.. gitu la kronologi aktiviti aku sepanjang 3 hari tu. Meriah tak? Ko bayangkan la aku mandi air terjun, pijak bebatu sungai.. Walaupun aku tidak digalakann sangat mandi air terjun time tu berikutan kondisi badan aku yang over sized , tapi takkan nak tengok je? Bukan apa, dema takut aku jatuh je.
Sesekali bawak Oni bersukaria apa salahnya. Oni lak memula keras tak nak masuk dalam air sejuk. Seploh menet je tahan tak nak masuk dalam air. Bila aku dah rendam dia dalam tu, takmo naik la pulak!
Jenuh lak si Apak memujuk ajak balik. 






Terima kasih tidak terhingga buat saudara-mara yang sudi datang meramaikan rombongan pihak lelaki di majlis pihak perempuan. Mak Njang dan family, Mak Ilah dan anak-anak, Wahid dan family, Pakcik and family, Pidah, Kilah, Mak Ngah, Pak Ngah, Pah, dan Pakteh sekeluarga. Dan juga pada Makcik Ina dan Mak Ngah Pian yang turut sama mengiringi pengantin. 

Dan mekasih banyak kepada kawan-kawan setia blog Makbed yang memahami keadaan aku ketika ini. Aku tau ado orang rindu nak baca entri. Nak wat camno,pengantin lupa baya bil intenet. So, takleh le hapdet.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram