Followers

30 Jun 2011

Entri buat Kimi

Apsal aku blues semacam je ni?

Kimi takde. Sunyi nya rasa. Dia yang dok meneman aku especially di saat-saat penting. Yang mengasuh anak-anak aku masa aku tak berapa nak berdaya. Dia yang layan Oni menangeh, mandi dan basuh berak Oni. Teringat-ingat dia sapukan vicks kat kaki Oni lepas setiap kali mandi. 

Tadi, Oni balik dari umah pengasuh, dia tercari-cari Atehnya. 


Alamak.... Aku dah macam warga emas lak kan? Terkenang-kenang kan anak, adik dan ahli keluarga yang lain. 

Last kerja kebajikan yang dia buat untuk aku ialah tanggalkan suma sarung kusyen dan hantar gi dobi. Sepatutnya aku gi amik hari ni, tapi terlupa la plak. 


Teringat masa lalu, dia pernah kecik macam Oni dan Najwan. Aku jaga dia, suap makan, bagi mandi, cuci berak kencing..masa tu takde istilah pampers lagi dalam kamus hidup kitorang. Aku yang meriba dia setiap kali  keluar gi jenjalan. 

Teringat masa lalu, aku cukup excited bila dia lahir. Balik rumah dalam keadaan yang sangat kecik dan merah. Kimi lahir tak cukup bulan, czer jugak. Teringat Abah cakap kat aku ngan Angah. "Mak kena belah perut. Jadi hangpa semua kena jaga rumah.." 

Masa Mak bersalinkan Kimi lah, aku belajar siang ikan. Heee.... Sebab masa tu aku dah darjah 5. Masa Mak beranakkan Kimi lah, aku belajar resepi pertama aku - Sayur Sawi Masak Air. 


Skang, Kimi plak yang menjaga anak-anak aku. Malah, lebih baik dari aku menjaga adik-adik aku dulu. Bukan setakat jaga anak-anak aku je, dia boleh jaga aku dengan laki aku skali. Lawak lak! 


Buat Kimi, Kak Liza sekeluarga ucapkan banyak-banyak terima kasih sebab berkorban masa untuk kami. Akak doakan Kimi berjaya dalam hidup. Semoga dipermudahkan segala urusan pengajian dan senang beroleh ilmu. Oni rindu kat Atehnye ni... Dah merengek-rengeh dah. 
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram